Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Season4Otaku, acara ACG baru untuk korang yang terlepas Animangaki dan Nijigen Expo!

Maira by Maira
March 21, 2022
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Manga, Tempatan
0 0
0
Season4Otaku, acara ACG baru untuk korang yang terlepas Animangaki dan Nijigen Expo!
Share on FacebookShare on Twitter

Animangaki dah habis. Nijigen Expo 2022 juga baru sahaja habis. Kalau ada antara anda yang terlepas untuk menyertai acara ACG tersebut, jangan risau. Ada satu lagi acara yang akan berlangsung hujung minggu ini, iaitu Season4Otaku. Jom kami berikan maklumat selanjutnya mengenai acara ini.

Season4Otaku akan berlangsung pada 26 hingga 27 Mac 2022 di Grand Pacific Event Hall, Level 3, Evolve Concept Mall, Ara Damansara, Selangor. Cara nak ke Evolve Concept Mall sangat senang. Anda hanya perlu menaiki LRT laluan Kelana Jaya dan turun di LRT Ara Damansara. Selepas itu, anda hanya perlu berjalan 5 minit sahaja untuk sampai ke mall tersebut. Tiket dijual pada harga RM 20/ per hari dalam talian. Sila klik pautan ini untuk membeli tiket tersebut. Jualan tiket akan tamat pada 21 Mac jam 5 petang.

Acara ini juga akan bermula pada 11 pagi sehingga 6 petang.

Tiket yang dijual juga mempunyai pelbagai pakej tersedia. Jadi, kalau ada yang anda minat boleh pilih pada borang dalam talian tersebut. Kalau anda ingin tahu, akan ada door gift misteri yang akan diberikan kepada pengunjung berserta nombor cabutan bertuah. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut peluang untuk memenanginya.

Sama seperti acara ACG yang lain, terdapat pelbagai booth yang dibuka untuk menjual barangan seperti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, gundam dan banyak lagi merch lain. Akan ada juga persembahan yang akan diadakan seperti persenbahan nyanyian dan tarian. Terdapat juga beberapa pertandingan yang dianjurkan seperti cosplay dan nyanyian.

Lagi sekali, kami ingatkan. Memandangkan ianya acara yang dijangka mempunyai ramai pengunjung, sebolehnya anda membuat ujian RTK sebelum pergi ke acara tersebut. Selain itu, anda perlulah patuhi SOP yang telah ditetapkan. Harap anda semua akan berseronok di Season4Otaku ini! Anda boleh melawat laman rasmi Facebook acara untuk melihat maklumat lanjut mengenainya.

Sumber: Facebook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraACGSeason4Otaku
Previous Post

Cara-cara main Eldin Ring walaupun PC korang kentang

Next Post

Kamen Rider Black Sun akan mula disiarkan pada hujung tahun 2022

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kamen Rider Black Sun akan mula disiarkan pada hujung tahun 2022

Kamen Rider Black Sun akan mula disiarkan pada hujung tahun 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd