Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEA Games – Malaysia raih tempat ke-4 dalam Mobile Legends

safwan by safwan
May 20, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile Game
0 0
0
SEA Games – Malaysia raih tempat ke-4 dalam Mobile Legends
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam telah berlangsungnya perlawanan separuh akhir bagi pasukan Malaysia menentang Indonesia dalam acara Mobile Legends: Bang Bang di SEA Games Hanoi 2021. Mereka telah menentang pasukan dari Indonesia dan tewas dengan skor 2 berbalas 0 sekali gus menghalang pasukan Malaysia untuk merebut pingat emas menentang Filipina.

Walaupun begitu, pasukan Malaysia mara ke peringkat penentuan untuk pingat gangsa. Perlawanan itu telah diadakan pada waktu malam dan menentang negara jiran, Singapura. Dalam perlawanan ini, pasukan negara telah bertungkus lumus untuk mencuba sedaya upaya bagi membawa pulang pingat gangsa kepada negara. Namun, takdir menentukan yang pasukan negara tewas di tangan Singapura.

Pada perlawanan menentang Singapura, pasukan Malaysia bermula dengan baik namun tidak dapat mengekalkan momentum itu sehingga akhir perlawanan dan memberikan Singapura mata pendahuluan. Untuk perlawanan kedua, pasukan Malaysia dapat membuat kebangkitan untuk mengalahkan Singapura dan berjaya menang perlawanan tersebut.

Mobile Legends Malaysia

Selepas memenangi perlawanan kedua, harapan untuk membawa pulang pingat Gangsa kembali bersinar tetapi kembali pudar apabila pasukan negara tewas kepada Singapura dalam perlawanan ketiga bagi mendapatkan mata penentuan. Dalam acara ini, Malaysia tewas kepada Singapura dengan skor 2-1.

Pasukan Mobile Legends Malaysia terdiri daripada Idreen Bin Abdul Jamal (Momo), Muhammad Danial (CikuGais), Zikry Bin Shamsuddin (Moon), Wan Usman (4Meyz) dan Mohammad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn) untuk barisan utama, Mohamad Farhan Wakiman (Moyy) dan Muhammad Amirul Raziq (Ajiq) untuk pemain simpanan.

Perlawanan akhir telah berlangsung sebentar tadi dan pasukan dari Filipina telah merangkul pingat Emas selepas menundukkan pasukan Indonesia dengan skor 3-1. Korang yang berminat nak tahu tentang acara lain yang sedang berlangsung, sila rujuk di bawah:

PUBG Mobile berkumpulan

  • 19 Mei 2022 (Peringkat Kelayakan)
  • 20 Mei – 22 Mei 2022 (Peringkat Akhir)

League Of Legends

  • 20 Mei 2022 (Peringkat Kumpulan)
  • 21 Mei – 22 Mei 2022 ( Peringkat Akhir)

Arena of Valor

  • 20 Mei – 21 Mei 2022 (Peringkat Kumpulan)
  • 21 Mei – 22 Mei 2022 (Peringkat Akhir)

Berikut adalah keputusan terkini:

[wpdatatable id=99]

Walau apa pun keputusan yang dapat bagi setiap acara, pemain telah bertungkus lumus untuk mencuba sehabis baik dan menyumbang pingat untuk negara tercinta Malaysia. Dengan SEA Games Hanoi 2021 berbaki 4 hari lagi, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan dan majulah e-sports untuk Negara! Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang e-sport, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mobile Legends: Bang BangSEA GAmes Hanoi 2021
Previous Post

Impulse Gaming cawangan Ipoh akan buka pada 22 Mei, beserta promosi Grand Opening

Next Post

One Piece Odyssey: Info terbaru mengenai gameplay dan watak

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece Odyssey: Info terbaru mengenai gameplay dan watak

One Piece Odyssey: Info terbaru mengenai gameplay dan watak

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd