Bandai Namco telah mengumumkan game strategi SD Gundam G Generation ETERNAL untuk peranti iOS dan Android. Seperti biasa, ia adalah “free-to-play” dengan pembelian dalam aplikasi. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan tetapi ujian beta tertutup dijangka akan datang tidak lama lagi.
Menurut laman web rasmi, Gundam G Generation ETERNAL adalah game strategi mobile yang menampilkan gameplay taktikal G Generation di mana kita sebagai pemain akan mengetuai skuad unit dalam pertempuran pada peta berasaskan grid. Oleh kerana ia dicipta untuk mobile, terdapat mode auto yang sangat sesuai untuk permainan kasual di telefon pintar kita.

Dalam game ini, kita boleh mencipta “sekumpulan warship” berpusatkan kapal perang atau “sekumpulan Mobile Suit” yang terdiri daripada unit-unit individu daripada siri-siri terkenal. Kerja kita adalah untuk mengumpul unit dan watak kegemaran daripada pelbagai siri “Gundam” untuk mencipta skuad original sendiri!

Memandangkan ada pelbagai unit Gundam, kita juga boleh alami semula adegan dan babak daripada siri Gundam original melalui pelbagai Stage/Level yang menarik! Inilah masanya untuk alami semua adegan yang tidak dapat dilupakan daripada anime/manga bersama siri Gundam kegemaran anda.
Selain daripada Stage/Level yang berkisarkan jalan cerita, terdapat Training di mana kita boleh mendapatkan bahan untuk menguatkan unit dan Event Stage di mana kita boleh mendapatkan pelbagai unit, kapal perang, watak baru dan bahan-bahan lain.

Antara siri Gundam yang akan ada dalam game termasuk:
- Mobile Suit Gundam
- Mobile Suit Gundam MS IGLOO: The Hidden One Year War
- Mobile Suit Gundam MS IGLOO: Apocalypse 0079
- Mobile Suit Gundam: The 08th MS Team
- Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
- Mobile Suit Gundam 0083 STARDUST MEMORY
- Mobile Suit Z Gundam: A New Translation
- Mobile Suit Gundam ZZ
- Mobile Suit Gundam THUNDERBOLT
- Mobile Fighter G Gundam
- Mobile Suit Gundam Wing
- After War Gundam X
- Turn A Gundam
- MOBILE SUIT GUNDAM SEED
- Mobile Suit Gundam 00
- Mobile Suit Gundam AGE
- Gundam Reconguista in G
- Mobile Suit Gundam IRON-BLOODED ORPHANS
Sekali lagi saya ingatkan, Gundam SD Gundam G Generation ETERNAL akan keluar untuk iOS dan Android sebagai game free-to-play. Tarikh keluaran rasmi belum didedahkan lagi buat masa ini.
Untuk baca segala liputan kami tentang Gundam, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post