Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan bahawa sebuah patch update baru akan dilancarkan untuk SD Gundam G Generation Cross Rays di PlayStation 4, Nintendo Switch, dan PC.
Get in on the latest SD Gundam G Generation Cross Rays patch update! Ver. 1.20 features improved gameplay and more, get the full details at https://t.co/UBGtVg4Enm. pic.twitter.com/YCv5QzcRd3
— Bandai Namco Entertainment Asia (@BandaiNamcoSEA) January 6, 2020
Update versi 1.20 akan dilancarkan esok pada 8 Januari 2020 untuk pengguna PS4 dan Switch manakala pengguna PC akan menerima update ini pada 9 Januari 2020. Versi 1.20 membawa beberapa bug fix dan menambah kestabilan permainan. Selain itu, Bandai Namco masih menyiasat isu-isu yang berlaku dan pengguna yang menghadapai apa-apa masalah berkenaan game ini, boleh baca pada senarai patch notes di bawah:
Isi-Isi kandungan Ver. 1.20:
- Menambah Support untuk DLC berikut di pilihan “Added Dispatch Mission Set 2”
- After War Gundam X, For the Coming Generation Mission!
- ∀ Gundam, Unstoppable Wind Mission!
- Reconguista in G, Bellri’s War and Aida’s Decision Mission!
- Mobile Suit Gundam AGE, Endless Times Mission!
- Baiki bug di mana pemain tidak boleh memperoleh ganjaran seperti unit, character, BGM, abiliti character, dan sebagainya selepas menyelesaikan group dispatch mission.
- Bagi pemain yang mengalami masalah tidak dapat memperoleh ganjaran walaupun sudah menerima patch update. Sila cuba lakukan misi yang sama sekali lagi untuk mendapatkan ganjaran.
- Character dan BGM boleh diperolehi di group dispatch mission selepas menerima patch update.
- Baiki bug di mana status awal akan meningkat atau berkurang apabila menggunakan “Refund” untuk Upgrade Points.
- Baiki bug di mana pemain tidak dapat meneruskan perjalanan apabila melakukan operasi tertentu di STAGE11 “Revealed Intentions” dari “Mobile Suit Gundam Iron-Blooded Orphans”.
Solusi
- Jika bermain untuk tempoh yang lama, sila tutup konsol.
- Sila kemas kini permainan kepada versi terkini.
- Sila reinstall permainan.
- Hanya untuk versi Nintendo Switch. Sila format kad microSD. Jika “Analysis Settings” dihidupkan, cuba ubah tetapan ke OFF.
@gamersantaimy
Discussion about this post