Scott Pilgrim kembali untuk menggegarkan dunia ini! Diumumkan oleh Netflix, Scott Pilgrim bersama-sama Ramona Flowers dan Seven Evil akan hadir ke platform itu dengan versi anime. Siri ini akan dianimasikan oleh Science SARU, yang menghasilkan Keep Your Hands Off Eizouken! dan filem INU-OH. Dicipta, ditulis dan dihasilkan oleh O’Malley dan BenDavid Grabinski, siri anime Scott Pilgrim ini juga kembali dengan pelakon asal filem!
Berikut adalah senarai semua pelakon asal bersama-sama watak mereka:
- Michael Cera: Scott
- Mary Elizabeth Winstead: Ramona
- Kieran Culkin: Wallace Wells
- Anna Kendrick: Stacey Pilgrim
- Brie Larson: Envy Adams
- Alison Pill: Kim Pine
- Aubrey Plaza: Julie Powers
- Johnny Simmons: young Neil
- Mark Webber: Stephen Stills
- Ellen Wong: Knives Chau
- Satya Bhabha: Matthew Patel
- Chris Evans: Lucas Lee
- Brandon Routh: Todd Ingram
- Jason Schwartzman: Gideon Graves
- Mae Whitman: Roxy Richter

Tentang Scott Pilgrim
Ia merupakan kisah pengembaraan penyanyi rock indie Toronto berusia 20-an dalam mendapatkan dan mengekalkan pekerjaan, mengelak daripada ditendang keluar dari apartmennya, dan terselamat daripada pertemuan dengan tujuh bekas kekasih jahat gadis baharu di bandar yang diminatinya.

Komik itu telah diterbitkan pada 2004 sehingga 2010. Ia telah mendapat adaptasi filem pada 2010 bertajuk “Scott Pilgrim vs. the World” dan animasi pendek “Scott Pilgrim vs. the Animation.” Bukan setakat itu sahaja, siri ini turut mendapat adaptasi game oleh Ubisoft bertajuk “Scott Pilgrim vs. the World: The Game.”
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post