Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scarlet Nexus mengeluarkan versi Demo di PC Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2021
in Artikel, Berita, Demo, PC, Steam
0 0
0
Scarlet Nexus mengeluarkan versi Demo di PC Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Kini lebih ramai orang boleh mencuba Scarlet Nexus kerana Bandai Namco akhirnya telah melancarkan versi Demo PC di Steam. Ia kini tersedia untuk pengguna memuat turun dan membolehkan kita mencuba kisah naratif awal Kasane Randall dan Yuito Sumeragi. Walaupun data dari versi Demo tidak boleh dibawah ke versi permainan penuh, anda tetap akan membuka beberapa ganjaran semasa bermain permainan penuh. Setelah menyelesaikan naratif tertentu di Scarlet Nexus, anda boleh mengunjungi sebuah kedai dan menebus ganjaran kosmetik ini secara percuma.

『Demo Platform Added』

Join the OSF, the #SCARLETNEXUS demo is now available to play on PC via Steam.

Follow the link to connect today. 🔻 https://t.co/OvBlpMRpuu pic.twitter.com/taAnP6e3Ph

— Scarlet Nexus (@scarlet_nexus) August 24, 2021

Untuk versi demo, pemain boleh mencuba misi pertama untuk Yuito dan Kasane dalam tiga “difficulty” berbeza iaitu: Easy, Normal, atau Hard. Berikut adalah treler demo Scarlet Nexus untuk mereka yang ingin gambaran visual:

Demo Scarlet Nexus mula dikeluarkan di konsol sebelum pelancaran rasmi permainan. Ia pertama kali muncul di Microsoft Store untuk pemilik Xbox. Beberapa hari selepas itu, ia muncul di PlayStation Store untuk pengguna PS4 dan PS5. Malangnya, Bandai Namco tidak menyatakan sebab mengapa demo Scarlet Nexus di PC tidak dilancarkan lebih awal. Selain itu, terdapat juga pek DLC baru dalam pembikinan, yang mengembangkan lagi EX Bond Level , menawarkan kuasa SAS dan Bond Episode baru, serta kostum dan senjata tambahan.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Berikut adalah pendapat saya untuk Scarlet Nexus dalam review lama:

Bagi saya, Scarlet Nexus sebenarnya bagus. Plot ceritanya jauh lebih baik daripada apa yang saya sangka, walaupun ia mempunyai beberapa adegan atau naratif yang mengelirukan. Bahagian aksi pun sangat mantap, dan berkat sistem SAS, pemain pasti tidak bosan dan sentiasa akan cuba untuk melakukan kombo paling gila. Aduan terbesar saya hanyalah pada “cutscene” yang tidak mencerminkan betapa hebatnya visual Scarlet Nexus.

Scarlet Nexus kini tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X, dan PC. Adaptasi anime pun sudah disiarkan yang mengandungi 12 episod untuk musim pertama. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Scarlet Nexus

Lihat di sini
Scarlet Nexus
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Bermain sebagai Yuito Sumeragi, yang dilengkapi dengan bakat dalam psiko-kinesis, menjelajah kota futuristik New Himuka dan mengungkap misteri masa depan Brain Punk terperangkap antara teknologi dan kemampuan psikik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDemoPCScarlet Nexussteam
Previous Post

FINAL FANTASY IV pixel remaster akan dilancarkan ke seluruh dunia untuk platform Steam dan Mobile pada 8 September ini!

Next Post

PREMIUM BANDAI secara rasmi tiba di Malaysia malalui Shopee dengan pelbagai koleksi eksklusif untuk dimiliki bermula 26 Ogos ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PREMIUM BANDAI secara rasmi tiba di Malaysia malalui Shopee dengan pelbagai koleksi eksklusif untuk dimiliki bermula 26 Ogos ini!

PREMIUM BANDAI secara rasmi tiba di Malaysia malalui Shopee dengan pelbagai koleksi eksklusif untuk dimiliki bermula 26 Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd