Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scalper PS5 tidak untung, mula turunkan harga konsol!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 14, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Scalper PS5 tidak untung, mula turunkan harga konsol!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sekelip mata, konsol PlayStation 5 telah tersedia di pasaran selama hampir setahun. Malangnya, dalam jangka masa tersebut, ramai pengguna masih tidak dapat memperoleh PS5 kerana para scalper yang membeli semua unit sedia ada. Walau bagaimanapun, keadaan bakal berubah kerana laporan baru dari Forbes menunjukkan bahawa nilai pasaran sekunder untuk konsol telah mengalami penurunan harga yang drastik sejak di Amerika Syarikat dan Eropah. Wakil StockX memberitahu Forbes bahawa harga standard untuk PS5 versi digital telah turun dari $1000 ke $ 715 pada bulan September ini.

In this photo illustration the PlayStation 5 logo seen...

Itu untuk negara luar. Bagaimana dengan Malaysia? Berita sedihnya adalah scalper PS5 di Malaysia masih menetapkan harga yang terlalu tinggi untuk konsol. Contoh-contoh di bawah menunjukkan beberapa kedai masih menjual PS5 pada lingkungan harga RM3000+ hingga RM4000+. Salah satu kedai telah menjual sebanyak 421 unit yang menunjukkan aktiviti scalper mereka berkembang dengan sangat pesat.

Contoh scalper Malaysia

Walaupun PS5 sangat sukar untuk didapatkan, ramai peminat setia PlayStation sanggup menunggu stok rasmi jika mereka tidak dapat beli konsol pada harga yang berpatutan dari penjual third party. Jika ramai netizen Malaysia sanggup melawan aktiviti scalper, kemungkinan besar scalper akan mula menurunkan harga di mana lambat-laun, harga ini akan kembali pada MSRP asal. Dengan membuat demikian, scalper mungkin akan menganggap PS5 tidak lagi sesuai untuk dijual, lantas lebih banyak unit akan tersedia untuk kita beli melalui pengedar sah.

Baru-baru ini, kekurangan cip menjadikan situasi lebih sukar untuk memenuhi permintaan PS5 yang tinggi, dan isu ini mungkin akan berlanjutan hingga ke tahun 2023. Kami tidak boleh buat apa-apa, jadi saya harap ramai netizen boleh bersabar dan tunggu berita seterusnya dari Sony.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Apa pendapat anda? Adakah korang sanggup tunggu atau lebih rela beli dari scalper? Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Sumber – Video Games Chronicle

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiaplaystationps5scalperSony
Previous Post

Server PS3 untuk LittleBigPlanet 1, 2, and 3 telah ditamatkan!

Next Post

Play Online, Stay Connected – Ayuh bermain game bersama rakan dalam talian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Play Online, Stay Connected – Ayuh bermain game bersama rakan dalam talian!

Play Online, Stay Connected - Ayuh bermain game bersama rakan dalam talian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd