gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

“Saya mahu anda semua menikmati permainan itu” Temu Ramah Eksklusif bersama pembangun SINoALICE termasuk Yoko Taro yang suka bergurau!

Yoko Taro memang seronok dibuat bual lah!

Nyny.A by Nyny.A
July 2, 2020
in Artikel, Berita, Eksklusif, Game Baru, Mobile, Temuramah
0 0
0
“Saya mahu anda semua menikmati permainan itu” Temu Ramah Eksklusif bersama pembangun SINoALICE termasuk Yoko Taro yang suka bergurau!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas bertahun-tahun duduk di dalam Jepun, game mobile SINoALICE membuat kemunculan di pasaran global. Diumumkan pada bulan Mac lalu, peminat kini boleh pra-daftar game ini di Android & iOS. Pada mulanya, SINoALICE dijadualkan untuk keluar di seluruh dunia pada Julai 2019, tetapi pelancarannya ditangguhkan. Selepas tukar pasukan pemaju ke Pokelabo (pemaju asal SINoALICE), akhirnya pemain di seluruh dunia dapat menikmati dunia SINoALICE pada 1 Julai 2020.

SINoALICE adalah turn-based RPG yang dikeluarkan di Jepun pada tahun 2017. Di SINoALICE, anda bermain sebagai versi unik untuk watak-watak daripada pelbagai kisah dongeng terkenal semasa meneroka “The Library”. Objektif setiap watak adalah untuk menghidupkan semula “Author” untuk setiap kisah dongeng. Beberapa watak yang boleh dimainkan termasuk Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan Alice.

Dihasilkan oleh Yoko Taro (pencipta siri Drakengard dan NieR), bersama bantuan Yoshinari Fujimoto (producer) dan Shogo Maeda (producer), saya berpeluang untuk menemu ramah tiga individu berpengaruh ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang idea mereka di sebalik pembangunan SINoALICE.

Yoko Taro (Pencipta siri Drakengard dan NieR)
Yoshinari Fujimoto (producer)
Shogo Maeda (producer)

Yoko Taro memulakan sesi temu ramah ini dengan menyatakan bahawa konsep mengubah setiap kisah dongeng sebenarnya sangat susah. Walaupun kelihatan seperti kerja yang seronok, setiap penghasilan idea sangat meletihkan. Yoko Taro amat terkenal dengan jalan ceritanya yang gelap dan inspirasinya di sebaliknya konsep ini datang daripada projek pertamanya di Drakengard. Dia berpendapat bahawa Dragon Quest dan Final Fantasy mempunyai jalan cerita yang lebih ringan, dan kerana ingin dibezakan dan menjadi lebih “original”, Yoko Taro memilih untuk menulis jalan cerita yang gelap. Unsur ini menjadi sebati dengan dirinya sehingga dia tidak sedar bahawa dia masih menggunakan konsep jalan cerita gelap untuk NieR. Walaupun itu hakikatnya, Yoko Taro masih menulis banyak jalan cerita riang dan berjenaka sedang menunggu Disney untuk menghubungi dia.

SINoALICE (versi asli) sudah lama berada di pasaran, tetapi Yoko merasa kecewa kerana tidak ada penemuan revolusi selain daripada genre gacha. Dia mengharapkan ada sistem baru yang lebih liar untuk dimainkan … atau sekurang-kurangnya mencuri gaya hidup dan kehidupan manusia. Memang kuat bergurau sensei Yoko Taro ni~

Kembali ke konsep watak dan latar belakang mereka, Yoko Taro mempunyai masa yang sukar untuk mengambarkan pengalamannya semasa menulis tetapi menyamakan pengalamannya seperti meletakkan kepingan kentang di atas satu sama lain ke atas punggung kucing tanpa disedarinya. Walaupun penjelasannya amat pelik, itulah personaliti Yoko Taro yang berjaya mencipta pelbagai kisah unik dengan fikirannya yang kreatif.

Sejak pelancarannya, SINoALICE telah meraih populariti yang sangat meluas di dalam dan di luar Jepun. Shogo Maeda menjawab bahawa mereka tidak menjangka pencapaian ini. Pada awal pembangunan, mereka menyangka game ini akan menjadi permainan yang paling kurang berjaya. Yoshinari Fujimoto dan Yoko Taro setuju tetapi Yoko Taro meneruskan penjelasan dengan mengatakan bahawa pelancaran global ini mungkin akan menurunkan populariti SINoALICE lalu menjadi seperti yang dia bayangkan.

“Tiada yang kekal selamanya. Bunga cantik kerana ia layu. Tidakkah anda berfikir begitu?” -Yoko Taro

Daripada menjadikan SINoALICE sebuah cerita fantasi penuh, permainan terdiri daripada watak-watak yang mempunyai versi “realiti” dan versi “Library”.Yoko menganggap versi “realiti: itu sebagai adalah fantasi”. Selain itu, ramai peminat berusaha untuk mencari hubungan SINoALICE dengan karya-karya dia yang lain. Yoko tidak ingin mengehadkan karyanya kepada satu dunia, dan sememangnya ingin SINoALICE berhubung dengan banyak karya lain. Menjadikan Disney sebagai contoh, dia ingin pergi ke dunia tersebut, merosakkan segala isi kandungannya lalu kembali ke dunia sebenar.

Bila ditanyakan pula mengenai jika diberi peluang untuk kolaborasi oleh mana-mana pembangunan atau permainan, Fujimoto menyatakan bahawa SINoALICE memerlukan masa sekitar 6 bulan untuk persiapkan sesuatu kolaborasi kerana sememangnya memerlukan banyak usaha untuk menghasilkannya seperti kolaborasi NieR: Automata dan NieR Replicant yang dirancang sejurus dikeluarkan. Namun menurut Maeda secara peribadi menyatakan jika mereka dapat kolaborasi bersama Disney sudah pasti lebih menyeronokkan walaupun SINoALICE adalah kisah yang mengerikan jadi ianya sukar terjadi “dalam nada gurauan”. 

Sebelum ini satu rancangan dikongsikan dengan berbilang server bersama pengakhiran untuk permainan, Yoko Taro menyatakan sebenarnya tidaklah begitu banyak server ataupun pengakhiran, tetapi Moreso yang ingin ditampilkan mempunyai pengakhiran yang berbeza jika operasi berakhir pada waktu yang berbeza. 

“Sudah tentu kisah terakhir akan berbeza bergantung pada pengakhirannya. Server mana yang lebih lama daripada yang lain … Saya mahu anda semua menikmati permainan itu.”

Semua tahu bahawa SINoALICE ini merupakan sebuah permainan RPG untuk mobile, jadi ramai yang tertanya sama ada ianya akan dibawa kepada platform konsol juga. Tetapi malangnya buat masa ini mereka masih tidak mempertimbangkannya oleh kerana ianya telah biasa dengan platform mobile bersama model bisnes free-to-play dan operasi jangka masa panjang. Tetapi mungkin juga akan berlaku kerana bagi mereka masa sentiasa berubah dan gila-gila~

MaedaMaeda
FujimotoFujimoto

Jadi jangan lupa SINoALICE akan hadir secara global di mobile anda pada 1 Julai 2020! Jangan lupa muat turun dan kongsikan pada kami pengalaman anda apabila main nanti okay! 

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: PokelaboShogo MaedaSINoALICESINoALICE GLOBALYoko TaroYoshinari Fujimoto
Previous Post

SINoAlice dah keluar secara rasmi untuk Global! Bersedia beraksi dengan awek-awek ini!

Next Post

Crysis Remastered nampaknya akan menundakan pelancarannya untuk memberi yang terbaik pada pemain!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase
Berita

Space for Sale & AEW: Fight Forever diumumkan di THQ Nordic Digital Showcase

August 13, 2022
THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022
Berita

THQ Nordic buka playtest Stuntfest – World Tour pada 13-14 Ogos 2022

August 13, 2022
RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden
Berita

RPG Gothic 1 Remake pamerkan visual baru, musuh Minecrawler dapat reka bentuk moden

August 13, 2022
Next Post
Crysis Remastered nampaknya akan menundakan pelancarannya untuk memberi yang terbaik pada pemain!

Crysis Remastered nampaknya akan menundakan pelancarannya untuk memberi yang terbaik pada pemain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

Preview Dragon Ball: The Breakers (CNT) – Giliran Frieza untuk menyerlah!

by Razin Syafiq
August 12, 2022
0

Bagi mereka yang tidak tahu, baru-baru ini Bandai Namco Entertainment telah mengadakan Closed Network Test untuk Dragon Ball: The Breakers yang...

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

“Speak. Name your wish” – Kolab Fortnite x Dragon Ball akan tiba pada 16 Ogos 2022

by safwan
August 12, 2022
0

Selepas membuat kolaborasi dengan salah satu anime popular iaitu Naruto, Fortnite kini kembali dengan membuat kolaborasi bersama anime yang tidak...

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

Avatar: Generations akan “soft launch” di Android & iOS, Malaysia tidak tersenarai

by safwan
August 12, 2022
0

Square Enix London baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan "soft launch" game RPG percuma baharu iaitu Avatar: Generations di Android...

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

Walinong Sari – Filem Animasi Pendek Malaysia Berjaya Tempah Nama Di Peringkat Antarabangsa!

by Maira
August 12, 2022
0

Animasi Malaysia kini semakin hebat dengan adanya siri-siri animasi seperti Upin & Ipin, BoBoiboy, dan Ejen Ali. Bukan setakat itu...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In