Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Save who you can save” HBO keluarkan trailer pertama The Last of Us

safwan by safwan
September 27, 2022
in Action, Artikel, Berita, Drama, HBO, Movie/siri
0 0
0
“Save who you can save” HBO keluarkan trailer pertama The Last of Us
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan sambutan The Last of Us tahunan, HBO baru sahaja mengeluarkan teaser pertama bagi siri TV live-action The Last of Us yang berkemungkinan akan ditayangkan pada tahun 2023.

The Last of Us adalah siri TV yang diadaptasikan daripada game yang bertajuk sama. Diumumkan pada tahun 2020, ia berlaku pada 20 tahun selepas spesies “cordyceps fungus” menjangkiti manusia sekali gus mengubah mereka menjadi zombie.

Buat masa sekarang, banyak yang masih dimaklumkan kepada khalayak ramai tentang jalan penceritaannya. Hal ini kerana, Neil Druckman, pencipta siri The Last of Us mengatakan yang ianya tidak akan sama dengan game kerana ia lebih memfokuskan kepada drama pada setiap watak daripada adegan aksi.

Dalam teaser tersebut, terdapat banyak adegan yang kelihatan sama seperti di dalam game pertama termasuk pembukaan game yang huru-hara dan kawasan yang terletak di sekitar bangunan yang tinggi. Apa yang lebih menarik adalah terdapat juga bahagian yang diilhamkan daripada DLC Left Behind.

Seperti yang kita lihat dalam teaser tersebut, Bella Ramsey akan memainkan watak Ellie, Pedro Pascal sebagai Joel, Anna Torv sebagai Tess, Merle Dandridge sebagai Marlene, Gabriel Luna sebagai Tommy dan ramai lagi.

Kalau korang nak tahu, The Last of Us game mengisahkan dalam tamadun musnah di mana mangsa terselamat yang dijangkiti, Joel, seorang protagonis yang letih, diupah untuk menyeludup Ellie yang berusia 14 tahun keluar dari zon kuarantin tentera. Walau bagaimanapun, apa yang bermula sebagai pekerjaan kecil tidak lama lagi berubah menjadi perjalanan merentas desa yang kejam.

https://youtu.be/rBRRDpQ0yc0

The Last of Us Part 1 Remake telah pun keluar pada 2 September 2022 secara eksklusif di PS5. Saya juga ingin mengingatkan anda bahawa siri TV yang diadaptasikan oleh HBO iaitu The Last of Us masih tidak mempunyai tarikh tayangan kekal dan besar kemungkinan akan mula ditayangkan pada tahun 2023.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HBOThe Last of UsThe Last of Us HBO
Previous Post

Game Kad Cardfight!! Vanguard Kini Tersedia Dalam Bahasa Melayu! Jom Main Sekarang!

Next Post

Iklan Game One Punch Man Terlampau “Cringe”, Ramai Peminat Kecam!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Iklan Game One Punch Man Terlampau “Cringe”, Ramai Peminat Kecam!

Iklan Game One Punch Man Terlampau "Cringe", Ramai Peminat Kecam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd