Permainan mobile penembak battle royale paling gila yang pernah ada, Sausage Man, melancarkan kejayaan 2021 dengan Sausage Man Championship. Dalam kekacauan besar-besaran ini, pasukan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand akan turun di Pulau Sausage dan berjuang untuk menuntut hadiah wang tunai USD50,000 (anggaran RM 207 ribu) dan berjaya dengan kegemilangan yang akan menjadi kejohanan terbesar dalam sejarah Sausage Man.

Kejohanan ini menyusuli All Star Royale Oktober lalu, perlawanan antara streamer popular di rantau Asia Tenggara, di mana Alodia dan Team Black dinobatkan sebagai pemenang. Dengan persaingan Sausage Man yang meningkat, Sausage Man Championship akan dimulakan dengan Regional Tournament pada 8 Nov, di mana pasukan dari seluruh Asia Tenggara akan bersaing dengan saingan di negara mereka sendiri. Setiap Regional Tournament akan disertai dengan hadiah kumpulan USD3,500 (anggaran RM 14 ribu).
Sebaik sahaja debu dan api pertempuran yang hebat ditamatkan, emapat pasukan paling hebat dari Singapura / Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand akan berkumpul dan bersedia untuk Championship Tournament! Bermula pada 17 Disember, perlawanan dua hari ini akan menjadikan satu pasukan sebagai kumpulan Sausage Man yang paling gigih, tekad dan tanpa belas kasihan. Yang dipertaruhkan adalah kumpulan hadiah USD36,000 (anggaran RM 149 ribu) dengan pasukan teratas akan memenangi USD18,000 (anggaran RM 74 ribu).

Pentas telah siap sedia untuk pertempuran yang epik ini! Sekiranya anda ingin menyahut cabaran ini, daftarlah Sausage Man Championship di sini. Anda juga boleh menyaksikan Sausage Man Championship secara langsung pada 12 Nov di laman Facebook, Twitch dan YouTube rasmi.
Sejak dilancarkan pada 29 Jun 2021, Sausage Man, yang telah menjadi rebutan pertempuran di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 20 juta pemain dan 8.7 bilion paparan #SausageMan di TikTok . Semasa permainan ini meneruskan perjalanannya yang berjaya, pemain dapat menantikan kemas kini Descent of the Gods yang akan datang pada 28 Oktober. Kemas kini ini akan menambah sejumlah Kad Legenda baru yang akan memberi anda kekuatan kilat, tenaga gelap, dan .. jerung darat … bersama dengan mod permainan baru seperti Hide & Seek, Sniper Showdown, dan banyak lagi.
Ikuti perkembangan terkini kemas kini Sausage Man menerusi saluran rasmi berikut:
@gamersantaimy
Discussion about this post