Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saros – Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 13, 2025
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Saros – Aksi RPG Baharu Housemarque Dijangka Tiba Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Interactive Entertainment dan pembangun Housemarque telah mengumumkan game baharu bertajuk Saros, yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5 pada tahun 2026.

Sebagai sebuah IP baharu yang berfokus kepada gameplay, Saros merupakan evolusi selepas kejayaan Returnal, yang telah membuka jalan untuk penciptaan game baru ini.

Menurut Pengarah Kreatif Gregory Louden, “Selepas Returnal, kami sedar bahawa kami telah mencipta sesuatu yang istimewa dan mendapat pengiktirafan, tetapi kami juga mahu Returnal berdiri sendiri. Dengan itu, kami memutuskan untuk menghasilkan sebuah IP baru yang mengembangkan lagi mekanik aksi third-person dan penceritaan misteri.”

Kredit: Housemarque

Game ini membawa pemain ke koloni asing, Carcosa, yang diselimuti oleh gerhana yang menakutkan.

Di sini, anda akan memainkan watak Arjun Devraj, seorang Soltari Enforcer, dalam usaha tanpa henti untuk mencari kebenaran di sebalik misteri yang menyelubungi dirinya. Jalan cerita direka sebagai satu kajian watak, meneroka pengorbanan yang diperlukan untuk mencipta masa depan yang baru.

Kredit: Housemarque

Watak Arjun dihidupkan dengan cemerlang oleh pelakon Rahul Kohli, yang terkenal melalui persembahannya dalam Midnight Mass dan The Fall of the House of Usher. Kohli membawa keaslian dan emosi kepada watak ini, menjanjikan keasyikan daripada segi naratif.

Louden pun menyatakan bahawa Arjun bukanlah satu-satunya watak penting di Carcosa; maklumat lanjut mengenai pelakon NPC dan alur cerita akan didedahkan dalam masa terdekat.

Kredit: Housemarque

Salah satu inovasi utama dalam Saros ialah pendekatan baru terhadap kematian dan kemajuan. Berbeza dengan Returnal, di mana kematian akan menetapkan semula kemajuan, Saros memperkenalkan sistem sumber kekal dan peningkatan berterusan.

Setiap kali pemain mengalami kematian, dunia di sekeliling akan berubah, tetapi anda akan berpeluang untuk meningkatkan senjata dan peralatan secara kekal melalui pilihan yang sentiasa berkembang.

Mekanik “come back stronger” ini menjadikan setiap kematian sebagai pengalaman pembelajaran yang berharga, mendorong pemain untuk sentiasa menyesuaikan strategi mereka bagi mengatasi cabaran baru di Carcosa.

Kredit: Housemarque

Peminat boleh menantikan pendedahan gameplay pada sekitar tahun ini, memberikan gambaran lebih terperinci tentang inovasi yang membezakan Saros daripada game lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Saros
ShareTweetSend
Previous Post

Lost Soul Aside – Bakal Keluar Mei 2025, Game Terbaru Daripada “PS China Hero Project!”

Next Post

Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?
Mobile

NetEase Umum Spirit Beast Adventure, Sebuah MMORPG Menyerupai Pokemon?

May 9, 2025
BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik
Acara

BIC Festival 2025 Tampilkan Visual Utama, Janjikan Pengalaman Gaming Indie Bertemakan Kosmik

May 9, 2025
Next Post
Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!

Directive 8020: A Dark Pictures Game Dedah Gameplay Horror Sci-Fi Baharu, Akan Tiba Oktober 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd