Seperti yang awak semua tahu, pasaran kad grafik kini mengalami isu stok yang besar sejak bermulanya pandemik. Kita hampir masuk tahun 2022 dan pasaran kad grafik masih mempunyai pelbagai masalah. Dalam keadaan terdesak, seorang perompak dari China berjaya curi lebih dari 50 kad grafik yang bernilai RM72 ribu selepas mengugut polis dengan pisau!

Menurut laporan dari Zol.com, Biro Keselamatan Awam Bandar untuk bandar Jiangyou, Sichuan menerima panggilan bahawa lebih daripada 50 kad grafik telah dicuri di sebuah pejabat, dengan nilai keseluruhan kira-kira 110,000 yuan (anggaran RM 72,697.54). Selepas membuat siasatan lanjut, empat suspek akhirnya dikenal pasti dan diberkas oleh polis tempatan.

Kejadian ini sebenarnya berlaku pada awal pagi 13 November, di mana seorang suspek bernama Wang dan dua rakannya memasuki pejabat mangsa untuk mencuri kad grafik selepas mendapat tahu bahawa manga mempunyai banyak perkakasan komputer berharga di tempat kerjanya. Tanpa diduga, mereka tiba-tiba ditahan oleh seorang pegawai polis yang sedang bertugas. Dengan segera, suspek mengugut pegawai tersebut dengan pisau dan berjaya melarikan selepas mencuri lebih dari 50 kad grafik bernilai.

Setengah bulan kemudian, empat suspek itu telah berjaya ditangkap di wilayah-wilayah berlainan. Buat masa ini, mereka ditahan oleh Biro Keselamatan Awam dan akan dikenakan hukuman setimpal mengikut undang-undang. Keselamatan Awam Jiangyou juga melaporkan bahawa empat individu ini “merancang dengan teliti, mempunyai pembahagian kerja yang jelas, dan membeli alat untuk melakukan jenayah.” Ini bukan kes rompakan yang tidak disengajakan.
Benar-benar terdesak perompak di atas sehingga sanggup ugut polis pakai pisau untuk dapatkan kad grafik. Saya pun tidak tahu nak beri komen apa.

Buat masa ini, ramai gamer masih menggunakan kad grafik lama, dan kajian ini dibuktikan melalui senarai GPU paling popular pada November 2021 oleh Steam di mana kad grafik yang paling popular pada bulan November 2021 ialah GTX 1060, sebuah kad grafik mid-range yang dilancarkan lima tahun lepas. Anda boleh baca lebih lanjut di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post