Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sangat beza! Konsep awal geng Straw Hat oleh Eiichiro Oda didedahkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 15, 2020
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sangat beza! Konsep awal geng Straw Hat oleh Eiichiro Oda didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece telah mengalami banyak perubahan selama ia dihasilkan dan Eiichiro Oda daripada dahulu sehingga sekarang sentiasa tahu bagaimana jalan ceritanya akan berakhir, walaupun memerlukan masa yang agak lama untuk mengaitkan semua perkara. Tanggapan pertama yang bagus adalah penting untuk setiap manga, dan Luffy hanyalah sebahagian daripada permulaan itu.

Di Twitter, ramai peminat teruja selepas salah satu seni konsep Oda yang paling awal tertular dalam talian. SoulstormOP memuat naik sebuah lakaran unik untuk semua melihat, dan gambar ini memang patut dianalisis. Lagipun, ia menunjukkan kesemua rekaan awal ahli Straw Hat yang berjumlah sepuluh anggota.

Anda boleh lihat imej di atas dan bandingkan perubahan mereka dahulu dan sekarang. Di tengah, anda boleh lihat Luffy dengan Nami dan Zoro di sisi. Trio ini kelihatan sama seperti zaman pre-timeskip kerana reka bentuk mereka tidak banyak berubah. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak sama dengan ahli-ahli lain.

Bermula daripada paling kiri, peminat One Piece akan melihat bayi kecil dengan tukul di tangan. Dia sedang terapung di sebelah ‘Frankenstein‘ berjubah yang memakai bandana. Kedua-duanya dilabel sebagai pembina kapal, jadi digabungkan untuk menjadi Franky. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas kerana ciri wajah mereka agak serupa dengan Franky. Di bahagian belakang, seorang lelaki tinggi dengan kepala ikan dapat dilihat. Ini merujuk kepada Jinbe manakala lelaki di sebelahnya ialah prototaip Usopp. Sudah tentu, rangka tulang kurus di sebelah Usopp pula adalah Brook yang memakai topi koboi dan anting-anting. Ini ialah gambaran yang tepat, di mana peminat tahu Brook suka menggayakan pakaian seperti ini.

Bagi dua ahli terakhir, lanun paling kanan adalah Chopper. Chopper versi ini lebih menyerupai Zoro kerana dua-dua memakai pedang sehingga saya pun hampir lupa bentuk Chopper yang comel. Akhir sekali ialah Sanji yang juga kelihatan normal kecuali misai dan janggutnya yang menonjol. Reka bentuk ini memberi Sanji janggut yang lebih tebal, dan ini bertentangan dengan reka bentuk yang akhirnya digunakan dalam manga.

Seni konsep ini menunjukkan betapa banyak perubahan yang dialami oleh krew Straw Hat sebelum manga dikeluarkan. One Piece masih berjalan walalupun sudah bertahun-tahun di Shonen Jump, dan story arc terkini kekal menarik seperti yang pertama. Oleh itu, berterima kasih kepada Oda untuk semua usaha yang dia masukkan ke dalam manga … termasuk reka bentuk watak ini juga!

Apa yang anda fikir tentang imej ini? Jom kongsi pendapat dengan saya di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odaluffymangaone pieceseni konsepStraw Hat
Previous Post

Figurin Chibi Ubisoft semua comel-comel weh! Jom usha koleksi kami~

Next Post

Ambil Nafas & Matlamat: CI Game teased game Sniper Ghost Warrior Contracts 2

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Ambil Nafas & Matlamat: CI Game teased game Sniper Ghost Warrior Contracts 2

Ambil Nafas & Matlamat: CI Game teased game Sniper Ghost Warrior Contracts 2

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd