Siapa sangka, pejam celik pejam celik sebuah permainan battle royale yag dibangunkan oleh NetEase Games telah mencapai tahun pertamanya! Cyber Hunter adalah sebuah permainan dunia terbuka battle royale menampilkan kombinasi yang unik dalam element permainan termasuk survival, menembak dan meneroka. Mana-mana permukaan menegak di dunia Cyber Hunter dapat dilayari dan pemain dapat meluncur ke bawah dari atas. Pelbagai senjata yang menarik dan kreatif, kenderaan yang boleh terbang dan terapung serta perbagai lagi untuk mentang musuh!
Ya Cyber Hunter kini menyambut ulangtahun yang pertama sejak dari pelancaran globalnya!
Selama setahun, Cyber Hunter telah melancarkan pelbagai acara menarik termasuk 7 musim yang sangat lain dari yang lain! Daripada trend fesyen, watak menarik yang telah dikustom dan pemodelan yang indah adalah beberapa sebab mengapa pemain menyukai permainan ini.
Dalam musim terbaru yang ke-7: Mobile Force, Cyber Hunter memperkenalkan gameplay terbaru yang iberi nama Faction Showdown – Random Annihilation dimana Wanderers akan di respawn di lokasi rawak dalam kawasan peperangan selepas tewas. Bangkitlah dan tempuhi bahaya serta cabaran yang tidak diketahui di medan perang.
Dari single player matching hingga skuad matching dan camp matching, kemas kini permainan berterusan menunjukkan pengejaran berterusan Cyber Hunter untuk menjadikan permainan lebih menyeronokkan dan usahanya memberikan pengalaman permainan terbaik.
Cyber Hunter kini meraikan ulang tahun pertamanya dan nantikan pelbagai kejutan yang akan membawa pemain pada masa akan datang!

@gamersantaimy
Discussion about this post