Laman web rasmi ‘NarutoP99‘ baru-baru ini mengadakan undian di seluruh dunia untuk menentukan ‘Best Fight/Bout‘ dalam siri Naruto. Yang menghairankan, pertarungan terbaik tidak dimenangi oleh Uzumaki Naruto atau Uchiha Sasuke, sebaliknya tempat pertama dimenangi oleh Haruno Sakura dan Lady Chiyo menentang Sasori!
Undian ini bermula sejak pertengahan bulan Mac di mana ramai peminat dari seluruh dunia telah mengundi dan akhirnya pemenang diumumkan melalui YouTube rasmi Studio Pierrot pada beberapa hari lepas. Keputusan rasmi menentukan pertarungan ‘Sakura dan Lady Chiyo vs Sasori’ sebagai pertarungan terbaik.

Buat mereka yang tidak tahu, pertarungan ini berlaku semasa ‘Kazekage Rescue Mission arc’. Sakura dan Lady Chiyo berganding bahu untuk menghadapi Sasori, seorang pakar boneka dari Akatsuki. Pertarungan itu sengit, tetapi Sakura menunjukkan kekuatan dan ninjutsu perubatan untuk mengalahkan Sasori. Pertembungan epik ini juga menunjukkan betapa Sakura telah matang sebagai shinobi dan meninggalkan impak besar kepada ramai penonton.
Jadi, siapa di tempat kedua? Berikut ialah senarai pertarungan terbaik dari Naruto mengikut undian peminat:
- Sakura Haruno and Lady Chiyo vs Sasori
- Naruto Uzumaki vs Sasuke Uchiha
- Rock Lee vs Gaara
- Kakashi Hatake vs Obito Uchiha
- Naruto Uzumaki vs Pain
- Sasuke Uchiha vs Itachi Uchiha
- Might Guy vs Madara Uchiha
- Minato Namikaze vs The Masked Man
- Neji Hyuga vs Kidomaru
- Sasuke Uchiha vs Deidara
Kontroversi – rupanya undian palsu
Walau bagaimanapun, ramai peminat keliru mengapa Sakura dan Chiyo vs Sasori dipilih sebagai ‘Best Fight’ dalam Naruto, sedangkan ada banyak lagi pertempuran epik seperti Naruto vs Sasuke, Sasuke vs Itachi, Rock Lee vs Gaara, dan lain-lain.
Ternyata, bukti dalam internet menunjukkan bahawa sejumlah besar fanatik Sakura telah memanipulasi keputusan dengan memberi undian palsu dalam jumlah yang banyak. Khususnya, mereka menggunakan VPN (yang menukar alamat IP pengguna) untuk menipu sistem, lalu mengundi banyak kali seolah-olah ia daripada individu berbeza. Hakikatnya, seorang individu mungkin telah mengundi 10-20 kali dengan menukar alamat IP mereka.

Seorang netizen bernama @Zenin_woo mendedahkan skim tersebut di media sosial, dan menjelaskan bagaimana para fanatik Sakura menggunakan VPN dan aplikasi haram untuk mempengaruhi undian. Malah, mereka mencipta ‘grup peribadi’ (yang mempunyai lebih daripada 50,000 ahli) untuk mengajar ‘taktik’ yang disebutkan tadi.
Helah ini pasti akan bikin masalah besar tidak lama lagi kerana undian paling besar dan penting dalam siri Naruto akan mengumumkan pemenangnya dalam masa beberapa hari lagi. “Naruto Top 99” merupakan undian populariti bagi semua watak Naruto dan sesiapa yang diundi sebagai pemenang akan menerima manga pendek yang dilukis oleh pencipta Masashi Kishimoto sendiri. Malangnya, peminat yang berniat jahat pasti akan memanipulasi keputusan undian.

Menurut laporan lama di laman web rasmi Naruto, Namikaze Minato kini memegang kedudukan pertama sebagai watak paling popular, diikuti oleh Uchiha Itachi di tempat kedua dan Haruno Sakura di tempat ketiga. Saya tidak pasti jika ini disebabkan oleh undian palsu atau tidak, tetapi saya amat terkejut Sakura lebih popular berbanding Naruto atau Sasuke.

Tempoh pengundian telah berakhir sejak 31 Januari 2023 lalu tetapi keputusan akhir akan diumumkan pada 13 April 2023. Berdasarkan kedudukan semasa, siapakah yang akan muncul sebagai pemenang Naruto Top 99? Kongsi pendapat dalam ruang komen di bawah.
Baca segala liputan kami tentang francais Naruto termasuk fakta dan trivia, analisis, spoiler dan banyak lagi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post