Webtoon merupakan salah satu platform komik yang diterbitkan dalam talian. Dengan populariti gaya komik strip seperti manhwa yang meningkat, ia menjadi salah satu platform bacaan yang diminati ramai. Baru-baru ini ada satu komik terbaru bertajuk SAKABAYANG telah diterbitkan dalam Webtoon. Ianya merupakan hasil artis berbakat tempatan bernama Myle Ismail.
Komik bergenre aksi dan supernatural ini baru sahaja diterbitkan pada 7 Mac yang lalu dengan dua bab tersedia untuk dibaca secara percuma melalui aplikasi webtoon atau laman web. Jadi, anda tidak perlu risau untuk mengumpul koin untuk membaca komik ini.
Berikut adalah sinopsis rasmi SAKABAYANG daripada Webtoon :
Kisah bermula dengan seorang lelaki bernama Ghazi, dia telah mewarisi Saka daripada bapanya. Saka perkasa yang berkuasa dipanggil Selendang dan diburu oleh manusia yang telah dirasuk syaitan, yang berniat jahat terhadap manusia. Sepanjang hayatnya Ghazi tidak pernah bertemu bapanya sendiri. Saka Selendang telah menjadi sasaran puak syaitan selama berabad-abad, namun tiada seorang pun ahli puak syaitan yang dapat menakluki Saka Selendang kerana perjanjian eksklusif Saka Selendang yang kekal dengan keturunan yang dijanjikan sahaja. Untuk menakluki Saka Selendang, klan syaitan berusaha untuk menjadi lebih kuat untuk menundukkan Saka Salendang dan penjaganya.

Kalau anda ingin tahu, ada banyak lagi karya tempatan dalam Webtoon contohnyaThe Weight Of Our Sky, My Deepest Secret dan Of Dark Lords and Cabbages. Apapun, jangan lupa untuk sokong artis-artis tempatan yang terbitkan komik mereka pada platform tersebut! Jangan lupa untuk mengikuti Gamer Santai untuk mendapatkan pelbagai liputan tempatan mengenai dunia komik!
@gamersantaimy
Discussion about this post