Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Saints Row Review – Reboot Yang Bagus Untuk Pemain Baru Cuba dan Menggila!

Maira by Maira
August 22, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Saints Row Review – Reboot Yang Bagus Untuk Pemain Baru Cuba dan Menggila!
Share on FacebookShare on Twitter

Saints Row akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami juga sudah keluarkan banyak preview untuknya. Kali ini, kami datang pula dengan review penuh untuk Saints Row. Tanpa membuang masa, jom kita teruskan dengan review Saints Row!

Kalau anda ingin tahu, game ini mempunyai 5 tahap kesusahan, daripada senang ke paling susah dengan gelaran tersendiri iaitu Tourist, Hustler, Entrepreneur, Sensei dan Boss. Saya telah memilih Entrepreneur sepanjang game. Bagi saya, kawalannya hampir sama dengan kebanyakan game shooter jadi kalau anda sudah biasa bermainnya, memang mudah untuk anda mainkan.

Pertempuran yang mudah untuk pemain baru

Kalau anda ingin tahu, sistem pertempurannya mempunyai aim-assist tidak kisahlah anda menggunakan mouse dan keyboard mahupun controller. Sistemnya memudahkan anda untuk mendapatkan headshot tetapi kalau musuh datang dengan kelajuan tinggi atau mengelak, assist yang diberikan tidak akan mengikut mereka dan senang untuk anda terlepas daripada sasaran.

Feedback untuk tembakannya boleh tahan. Setiap peluru yang terkena musuh ataupun headshot memberikan efek bunyi yang berbeza. Tetapi ia agak perlahan, kalau ia dikuatkan sedikit mungkin lebih gempak.

review saints row

Jangan risau tentang nyawa anda kerana kalau anda tidak terlibat dalam mana-mana pertempuran, nyawa anda akan pulih sendiri. Disebabkan tiada item seperti potion atau kit, memang anda perlu lari daripada berlawanlah.

Kalau anda jenis malas untuk tunggu musuh datang ke arah anda, boleh sahaja anda merempuh mereka dengan serangan melee. Ia bukan sahaja dapat mengisi HP anda semula malah mempunyai CD. Tetapi bukan semua musuh boleh dibunuh begitu sahaja terutamanya musuh yang mempunyai perisai berwarna kuning.

Bercerita tentang peluru, sesetengah misi memberikan anda peluru tanpa had. Untuk misi yang memerlukan peluru, anda hanya membunuh musuh untuk mendapatkannya. Lagipun nak cari musuh senang sahaja, tengok sahaja pada minimap untuk mendapatkan lokasi mereka. Bolehlah tengok kawasan sesuai untuk serang hendap mereka. Kadang-kadang kalau bilangan musuh lebih banyak, saya akan dikalahkan dan terus Game Over. Tetapi nasib baik boleh mulakannya semula daripada checkpoint sebelumnya.

review saints row

Macam biasa, kalau watak anda mati, misi yang sedang dibuat akan serta merta gagal. Kalau rakan anda mati juga misi tersebut akan digagalkan. Oleh itu, apabila rakan anda telah dijatuhkan, terdapat countdown sebelum dia mati. Jadi cepat-cepat sembuhkan mereka tetapi musuh juga akan tetap menyerang anda semasa cubaan menyelamat tersebut.

Skill dan Perk yang tersedia

Untuk mendapat skill baru, anda hanya perlu naikkan level watak. Selepas itu, anda akan mendapat skill aktif dan pasif. Skill ini jugalah yang akan melindungi atau membantu anda dalam menumpaskan sekumpulan musuh. Contohnya skill membaling bom asap atau mencapak bom letupan pada musuh.

Perk pula boleh didapatkan dengan menyelesaikan cabaran dan setiap cabaran mempunyai tiga level iaitu minor, major dan elite. Kesemua slot itu memerlukan duit untuk dibuka dan lebih tinggi level tersebut, lebih susah cabarannya.

review saints row

Kalau anda inginkan skill senjata ataupun kenderaan baru, ada tugas yang perlu pemain selesaikan. Sekiranya berjaya, senjata anda akan mendapat kebolehan tersembunyi. Contohnya pistol. Kalau anda berjaya membunuh 20 musuh pada bumbung kenderaan, anda akan membuka efek charge secara automatik. Bagi saya tugas ini tidaklah begitu mudah, jadi agak tercabar jugalah semasa bermainnya.

Memandu di Santo Ileso

Bukan Saints Row lah kalu tidak boleh memandu. Ia antara elemen penting dalam francais game ini. Anda boleh memandu pelbagai kereta, termasuklah Hovermotor ataupun helikopter untuk meneroka sekitar bandar. Kalau anda terbabas masuk dalam laut pun tidak jadi masalah. Rembat sahaja kereta orang lain untuk dipandu.

review saints row

Antara benda yang paling seronok ketika memandu ialah semasa drift. Untuk drift sangat mudah, hanya tekan butang space sahaja. Memang lancar habis drift anda. Untuk mengelak musuh atau melanggar mereka, tekan sahaja butang A/D. Kalau anda ingin lebih senang, gunakan senjata untuk tembak mereka sambil memandu. Lagi senang kalau anda menjadi penumpang, anda boleh gunakan apa-apa senjata tersedia malah boleh memanjat bumbung kereta dan menembak mereka dari atas. Ini akan memberikan anda gambaran jelas kedudukan musuh tetapi anda juga mudah untuk diserang.

Dengan meneroka lebih banyak tempat, lebih banyak point yang ditunjukkan pada peta. Jadi, terokalah setiap sudut bandar dalam Saints Row. Alang-alang game ini boleh dimainkan secara co-op, bolehlah ajak kawan-kawan lain untuk bersiar-siar dalam game.

Dapatkan duit dan menjadi Boss

Di Santo Ileso, anda bukan sahaja mempunyai jalan cerita utama tetapi terdapat pelbagai kandungan lain yang tersedia untuk anda mendapatkan duit dan upgrade.

Side quest dalam game ini tidak akan menjejaskan langsung cerita utama game ini, jadi jangan risau. Kalau anda tidak mahu main pun tidak apa. Tetapi kalau anda mencari duit lebih bolehlah mainkannya. Lagipun ada beberapa misi yang menarik.

Terdapat banyak lagi cara lain untuk anda mengumpul duit, salah satunya ialah “wanted”. Anda perlu membunuh penjenayah di lokasi yang ditetapkan tetapi kadang-kadang penjenayah ini ditangkap oleh polis. Jadi kalau rasa polis itu menyemak, bunuh sahaja mereka.

Ada juga point yang berwarna kuning di mana anda boleh dapatkan duit. Tugasnya memang santai kerana anda hanya perlu mencari harta karun dalam tong sampah atau menangkap gambar permandangan.

Memandangkan anda perlu membina empayar jenayah, “Criminal Ventures” sangat diperlukan. Pemain boleh gunakan “Criminal Empire List” di ibu pejabat untuk luaskan bisnes anda di 14 ruang terbuka selepas anda menyelesaikan misi utama “Expanding People”.

Di samping anda geng “Saint”, terdapat tiga kumpulan lain di Santo Ileso. Jadi anda perlu menghalau mereka untuk menjalankan perniagaan jenayah anda di kawasan itu dan meluaskan wilayah anda.

review saints row

Berikut adalah tempat yang baik untuk anda mulakan jajahan anda:

  •  Chalupacabra
    • Sebagai Bos anda mesti menangkap setiap satu daripada empat trak makanan dan memandunya kembali ke Chalupacabra. Peniaga bersenjata melindungi trak dan mengejar bos kembali ke restoran tempat di mana Saints menahan penyerang tersebut. Jika berjaya, Saint akan menawan wilayah trak itu.
  • Shady Oaks Medical Clinic
    • Tamira berpakaian seperti doktor untuk menjaga penampilan—klinik ini berfungsi sebagai topeng untuk memproses tuntutan penipuan insurans.
    • Sebagai Bos anda tidak begitu memahami kerumitan sistem Tamira. Bos mempunyai idea yang lebih mudah tentang penipuan insurans. Lemparkan diri anda di hadapan kereta dan trak kemudian ambil insurans.
  • Bright Future Disposal
    • Sarat dengan tong sisa toksik, bos mesti menghantarnya kembali ke Bright Future Disposal. Sisa toksik mudah meruap–jika tong digerakkan atau rosak, ia mungkin bocor dan boleh meletup. Memandu dengan lebih pantas boleh membantu menstabilkan tong tetapi bergantung pada kemahiran anda. Setiap tong yang dihantar akan memberikan duit.
  • Cutting Edge
    • Edith memberikan Boss entri jurnal visinya yang menggambarkan objek di suatu tempat di dunia. Sebagai Bos anda mesti mengikut petunjuk itu untuk mencari objek dan mengambil gambar. Ia aka membantu merealisasikan visi Edith. Setelah itu, bahan yang ada pada foto akan tersedia untuk customise skin, pakaian, kenderaan dan senjata.

Bisnes ini juga boleh memberikan duit tambahan kepada pemain. Kalau anda berjaya melaksanakan bisnes jenayah tersebut, anda tidak perlu habiskan masa bermain tugas yang mudah. Luaskan sahaja jajahan bisnes anda juga lebih menyeronokkan.

review saints row

Saya rasa peta game agak besar, jadi saya cadangkan untuk membuka semua point untuk fast travel pada peta. Ia sangat mudah, pandu sahaja kenderaan anda ke point tersebut. Kemudian ambil gambar item yang ditentukan untuk membukanya.

Cipta bos anda sendiri

Sebelum memulakan game, anda perlulah cipta rupa boss anda tersendiri. Ini termasuklah jantina, muka dan badan watak. Bahagian lain seperti dada juga boleh disesuaikan mengikut kesukaan anda. Memang banyak masa yang anda boleh habiskan di sini. Kalau tiba-tiba anda tidak puas hati, anda boleh sahaja mengubahnya pada bila-bila masa menggunakan base game ini ataupun fon.

Kostum dan aksesori untuk watak utama akan tersedia mengikut kemajuan game. Jadi tiada sebarang duit yang perlu dipakai. Fashion dalam game ini juga tidak menjejaskan kebolehan watak. Jadi bebas untuk pemain bermain dengan rupa bos yang anda hasilkan. Saints Row juga dimainkan dengan perspektif third-person, jadi luangkan sahaja masa anda untuk mendapatkan rekaan yang diidamkan.

Pemain juga boleh membeli pelbagai senjata, peralatan serta pakaian melalui kedai. Setiap kedai menjual item yang berbeza, jadi lawat sahaja semua kedai tersebut.

Kesimpulan

Entri baru Saints Row masih mempunyai kegilaan yang sama dalam francais. Tidak kiralah cerita, senjata, kenderaan dan perkara lain. Banyak juga benda yang boleh dilakukan dan semuanya memang menarik. Lebih penting sekali, anda boleh mencipta boss anda tersendiri termasuklah senjata, kereta dan juga base geng anda. Walaupun begitu, grafiknya biasa-biasa sahaja bagi saya. Tidaklah begitu hebat. Jenis musuh juga tidak banyak. Hanya musuh melee dan musuh yang menyerang dari jarak jauh. Saya pun hanya bermain selama 16 jam, jadi tidak nampak lagi pertarungan BOSS yang menarik lagi.

Apapun, Saints Row yang baru ini sememangnya entri yang bagus untuk pemain baru yang baru dalam francais ini. Anda bolehlah pra-tempah game ini melalui laman web rasmi game. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Pre-Order Sekarang!
Saints Row
Release Date: 2022-08-23
Epic Games Store, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Sebagai Bos masa depan, dengan Neenah, Kevin, dan Eli di sisi anda, anda akan membentuk The Saints – dan menentang Los Panteros, The Idols dan Marshall sambil anda membina empayar anda di seberang jalan di Santo Ileso dan berjuang untuk mengawal Bandar. Akhirnya Saints Row adalah kisah syarikat permulaan, cuma perniagaan The Saints adalah jenayah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Saints Row

7 Score

PROS

  • Pelbagai benda boleh disesuaikan
  • Banyak tugas tersedia yang menarik
  • Boleh meronda dengan kenderaan

CONS

  • Grafik biasa-biasa sahaja
  • Musuh kelihatan sama sahaja walaupun mempunyai 3 kumpulan

Review Breakdown

  • Sebuah reboot yang menarik pada francais 0
Tags: reviewSaints RowSaints Row reboot
Previous Post

Pahlawan negara Mat Kilau kini tersedia dalam King of Nations

Next Post

Review Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Review Champions of Chaos & Immortal Empires – DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!

Review Champions of Chaos & Immortal Empires - DLC terbaru untuk Total Warhammer 3!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd