Baru-baru ini, JP Anime telah berkongsikan sebuah video trailer teaser untuk World Trigger Musim 3! Trailer ini menampilkan beberapa gabungan cutscene dari musim ke-3 yang akan disiarkan bermula 9 Oktober 2021 nanti! Musim depan juga bakal menampilkan beberapa senario pertempuran luar biasa yang melibatkan saingan menentang watak utama. Anda boleh lihat video trailer di bawah:
https://www.youtube.com/watch?v=yKSI2xxw-nA&ab_channel=JPAnime
Menarik tentang trailer yang dilancarkan oleh Toei Animation ini adalah ia menampilkan bukan sahaja protagonis utama Yuma dan Osamu. Malah Hughes yang baru-baru ini bergabung dengan Tamakoma No. 2 pada akhir musim kedua juga bakal bersama dalam World Trigger Musim 3 nanti. Episod baru akan mula disiarkan di TV Asahi di Jepun, dan kemungkinan besar laman streaming Crunchyroll akan menyediakan perkhidmatan simulcast untuk World Trigger Musim 3, sama seperti yang berlaku untuk Musim 2.
Pengarah World Trigger Musim 3, iaitu Morio Hatano menyatakan studio mereka telah berkerja tanpa henti untuk mencerminkan karisma yang ada pada anime. Emosi protagonis muda, strategi mereka yang rumit, dan bagaimana mereka masing-masing berkembang sebagai pejuang melalui pertempuran demi pertempuran. Beliau yakin bahawa musim ketiga ini akan melepasi jangkaan peminat World Trigger sehingga anda mahu menonton semula semua episode berulang-kali.

Sinopsis
World Trigger mengikuti kisah Yuma ketika dia menyertai Border, membentuk sebuah kumpulan dengan setia kawan yang kuat, dan mempelajari cara menggunakan kemampuan khasnya untuk membantu mempertahankan Mikado City. Yuma mempunyai masa lalu yang sukar, apabila ayahnya menghasilkan Black Trigger ketika dia hampir mati dalam pertempuran. Black Trigger mengandungi Trion yang memastikannya terus hidup, dan ditemani oleh kawan teknologi serta penjaga bernama Replica untuk menemaninya setiap masa.
Unit Takoma-2 yang lain bersama Osamu dan Yuma, merancang untuk berlatih sehingga mencapai A-rank supaya mereka boleh mendapatkan kebenaran Border bertempur di luar sempadan serta membawa ayah Yuma pulang. Di pertengahan manga, Musim 3 menampilkan arc dimana mereka bertarung di B-rank yang menunjukkan Yuma dan ahli Tamakoma Second bersaing dengan ejen Border lain untuk maju ke A-rank.

Pada penerangan video trailer ini, mereka menyatakan anime ini mungkin dapat mengejar manga dari segi plot, oleh itu ramai peminat tertanya-tanya adakah akan ada lagi arc cerita anime lain? World Trigger Musim 3 akan mula ditayangkan pada 9 Oktober 2021 di Jepun, dan mungkin memiliki siaran streaming di laman Crunchyroll.
@gamersantaimy
Discussion about this post