Sudah banyak kali tunda, ramai peminat Marvel Malaysia yang masih setia menunggu tarikh tayangan rasmi untuk Thor: Love and Thunder. Tetapi nampaknya semuanya hampa selepas GSC Cinemas mengeluarkan pengumuman bahawa filem Thor: Love and Thunder tersebut tidak akan ditayangkan di Malaysia. Post di facebook kini dipenuhi dengan komen-komen peminat yang nampaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Disney untuk tidak mahu membawa filem tersebut ke Malaysia.
Kalau anda sendiri dalam komen, memang ramai yang nampaknya ingin menjadi lanun semula. Ada juga yang mempertikaikan tentang pihak Disney serta lembaga filem mengenai keputusan ini. Rata-rata semua mengetahui kandungan filem yang mempunyai beberapa adegan LGBT, serta adegan dewa yang menghina agama.

Jadi untuk peminat Marvel sekalian, alternatif lain kita untuk tonton filem tersebut kini hanyalah platform Disney+ Hotstar. Tarikh keluar pada platform itu juga belum diumumkan, jadi kita tunggu sahajalah. Filem Lightyear juga akan keluar di platform itu pada 3 Ogos nanti. Filem Thor juga mungkin akan keluar hujung tahun ini.

Filem ini akan dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor bersama Mighty Thor atau Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman. Tessa Thompson kembali sebagai Valkyrie dan Taiki Waititi sebagai Korg. Terdapat juga wajah baharu yang ditampilkan dalam filem ini termasuk Rusell Crowe sebagai Zeus dan Christian Bale sebagai villain utama iaitu Gorr the God Buthcher. Berikut adalah sinopsis filem melalui imdb:
Persaraan Thor diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher, yang ingin menghapuskan tuhan. Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie, Korg dan bekas teman wanita Jane Foster, yang menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, sebagai Mighty Thor. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri dendam Dewa Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post