Pada tahun 2020, peminat One Piece telah dikejutkan dengan pengumuman mengenai adaptasi siri live action oleh Netflix. Setelah projek tersebut tergendala akibat pandemik COVID-19, siri tersebut akhirnya memulakan penggambarannya pada tahun ini.
Baru-baru ini juga dilaporkan bahawa penggambaran untuk siri live action ini sudah tamat dengan pelbagai mesej yang disampaikan oleh para pelakon dan krew yang terlibat. Kini datang pula berita baru yang mengatakan bahawa siri One Piece ini tidak sama dengan anime. Jom kami ceritakan secara ringkas kepada anda.

Melalui satu temu ramah bersama Nicole Hirsch Whitaker, ahli sinematografi untuk siri live action One Piece, ada menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalamannya. Katanya, dia bersama krew yang lain sangat suka semasa produksi siri malah menyatakan bahawa siri tersebut “memang cantik”. Nicole juga berterima kasih kepada Netflix atas sokongan yang diberikan untuk adaptasi ini.

Sudah tentu setiap benda susah untuk dihasilkan dengan jadual yang pendek. Kalau anda ingin tahu, Nicole telah menonton hampir kesemua episod One Piece memandangkan anaknya peminat siri tersebut. Jadi, memang dia sudah biasa dengan siri Oda-sensei ini sebelum dia terlibat dengan produksi.

Katanya lagi, mereka ingin menghasilkan siri yang boleh berdiri dengan sendiri dan bukanlah sekadar sama dengan adaptasi anime. Dia dan juga direktor telah merujuk pelbagai filem hebat untuk memberikan fotografi hebat untuk siri ini. Nicole juga tahu bahawa kritikan pasti akan menyusul. Lagipun bukan mudah untuk puaskan hati semua peminat. Dia berharap supaya adaptasi live action ini mampu menarik penonton baru yang menganggap cerita ini menarik.

Jadi geng One Piece yang bercadang untuk tonton siri ini, jangan harapkania akan sama 100% seperti anime pula. Kebanyakan adaptasi live action memang susah untuk tiru sumber asal. Tetapi sekurang-kurangnya krew produksi mengetahui siri One Piece, jadi mungkin ia tidaklah begitu menyimpang daripada anime mahupun manga. Apapun kita tunggu sahaja trailer rasmi keluar nanti.
Untuk segala liputan mengenai One Piece, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post