Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sah! Pembangun Apex Legends, Respawn Entertainment sedang dalam pembangunan IP baru

Amir Haziq by Amir Haziq
April 26, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform
0 0
0
Sah! Pembangun Apex Legends, Respawn Entertainment sedang dalam pembangunan IP baru
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai peminat Titanfall 2 masih mengharapkan sekuel permainan dari Respawn Entertainment kan?Tahun ini merupakan ulang tahun kelima bagi permainan tersebut, dan mungkin ramai pemain menantikan pengumuman Titanfall baru, terutamanya selepas Apex Legends berjaya menghasilkan untung yang besar untuk Respawn.

Beberapa hari yang lepas, Steven Kah Hien Wong, pengaturcara Respawn Entertainment telah memuat naik post di Twitter menyatakan mereka kini sedang mencari programmer serta berkongsi pautan untuk iklan jawatan. Posting tersebut memaklumkan Respawn mencari jurutera perisian untuk bersama menghasilkan IP baru yang sedang dikembangkan, tetapi bukanlah sekuel untuk Titanfall.

Tweet tersebut kemudiannya telah di-retweet oleh ketua Respawn Entertainment, iaitu Vincent Zampella, dengan mesej menawarkan peluang yang menarik di projek baru Respawn. Bagi yang ingin bekerja dalam pasukan, mereka perlu mempunyai “minat membina, bermain dan memahami permainan.”

Looking for an exciting new opportunity? New Respawn project, super exciting stuff. Get in early! https://t.co/48UOhXhq7e

— Vince Zampella (@VinceZampella) April 23, 2021

Buat masa ini, Respawn Entertainment masih mencari beberapa orang jurutera perisian untuk menyertai pasukan Apex Legends di halaman kerjaya mereka. Ini mungkin menunjukkan mereka masih lagi di peringkat permulaan IP baru, dan akan terus membuat kemaskini untuk Apex Legends akan datang. Permainan tersebut telah pun memasuki musim ke-9, dan Valkyrie telah ditambah sebagai Legend baru untuk pemain.

Selain itu, pembangunan Apex Legends menjadi sebab utama untuk Respawn Entertainment tidak menjalankan projek Titanfall 3, kerana kemungkinan pasukan Apex sedang fokus untuk Apex Legends. Anda mungkin dapat melihat Titanfall 3 pada masa beberapa tahun lagi, kerana pasukan Respawn sedang sibuk dengan IP baru, kemaskini Apex Legends dan permainan Apex Legends mobile.

Ramai peminat Titanfall berasa sedih kerana mereka telah lama mengharapkan sekuel permainan dari Respawn Entertainment. Walau bagaimanapun, dengan populariti francais Titanfall dan kandungannya yang sentiasa masuk ke Apex Legends, mungkin kita masih berpeluang untuk melihat Titanfall 3 dihasilkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: First Person ShooterRespawn EntertainmentTitanfall
Previous Post

Akhirnya, MetalGarurumon hadir di Digimon Adventure Reboot!

Next Post

Nama siapa di dalam nota mesti mati! Kolaborasi Identity V × Death Note kini bermula

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Nama siapa di dalam nota mesti mati! Kolaborasi Identity V × Death Note kini bermula

Nama siapa di dalam nota mesti mati! Kolaborasi Identity V × Death Note kini bermula

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd