Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sah! Paul George + PlayStation kembali dengan sneakers PG 5 PlayStation 5 Colorway terbaru!

Kali ni bukan terbocor ke apa lagi, tapi nampaknya kolaborasi PG5 untuk Sneakers PS5 Sah!

Nyny.A by Nyny.A
May 5, 2021
in Artikel, Berita, Fesyen, Figura/barang koleksi, Genre, Produk
0 0
0
Sah! Paul George + PlayStation kembali dengan sneakers PG 5 PlayStation 5 Colorway terbaru!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini hanyalah gambar yang terbocor untuk kasut sneakers Nike PS5, satu adalah kolaborasi Paul George dan satu lagi PG 5 x PlayStation, nampaknya, ia bukan sekadar khabar angin lagi kerana secara rasmi PG 5 PlayStation 5 colorway telah diumumkan!

Paul George sendiri telah mengongsikan pendedahan kolaborasi di antara dia Nike Basketball dan PlayStation untuk projek sneakers terbaru ini. Dalam perkongsiannya;

“Membuat kolaborasi sneaker dengan PlayStation dan Nike Basketball adalah salah satu hobi kegemaran saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan saya sangat berterima kasih kepada komuniti ini kerana menyokong saya dan berkongsi minat saya. Seperti kebanyakan anda, saya telah menjadi Die-Hard-Fan PlayStation sepanjang hayat, jadi suatu kehormatan untuk memperkenalkan projek kreatif terbaru saya dengan jenama kegemaran saya: PG 5 PlayStation 5 colorway.”

-Paul George

Di sambung Paul lagi, di sebalik reka bentuk sneakers PG 5  ini adalah pereka konsol PS5 Yujin Morisawa bersama artis reka bentuk Nike. Mereka menjalankan elemen ini untuk membawa semangat permainan Paul dan penampilan PS5 dalam kerjasama yang unik ini.

Berikut adalah apa yang anda boleh lihat dalam reka bentuk kali ini:

  • Seperti semua kolaborasi PlayStation Paul, lidah kasut mempunyai logo PG dan PlayStation.
  • Warna kasut sangat diilhami oleh reka bentuk industri PS5 dengan rujukan pada pelapik sarung kaki dan bahagian luar.
  • Ini bukan kolaborasi sejati dengan PlayStation jika tiada kemasukkan bentuk PlayStation ikonik, yang dilihat di setiap kasut dengan corak yang sama seperti pada alat kawalan wireless DualSense.

Setiap kasut sneakers ini juga dilengkapi dengan hangtag khas untuk meraikan perkongsian Paul yang berterusan dengan jenama permainan kegemaran ramai. “Saya harap semua orang teruja seperti saya untuk yang ini.”

Colorway PG 5 PlayStation 5 akan mula dijual di penjual sah terpilih (negara) mulai 14 Mei 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pelepasan dan ketersediaan di negara anda, muat turun aplikasi Nike SNKRS (jika ada di negara anda) atau perhatikan Nike di laman web tempatan anda.

Jadi merecik gila PG 5 terbaru ini kan! Heish, harap adalah keluar di Nike Malaysia kan! Pengumpul kasut Nike dan peminat PlayStation 5 nampaknya teruja lah kan!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nikenike basketballpaul georgePG 5 PlayStation 5 Colorwayplaystationps5Yujin Morisawa
Previous Post

Blizzard mengesahkan Diablo Immortal akan dilancarkan secara global hujung tahun ini!

Next Post

Jimat duit kaw-kaw dengan diskaun 67% untuk CODE Vein di Steam sehingga 7 Mei ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jimat duit kaw-kaw dengan diskaun 67% untuk CODE Vein di Steam sehingga 7 Mei ini!

Jimat duit kaw-kaw dengan diskaun 67% untuk CODE Vein di Steam sehingga 7 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd