Selepas menjalani pencarian watak-watak utama untuk filem Superman: Legacy, akhirnya James Gunn mengesahkan yang David Corenswet bakal melakonkan watak Clark Kent/Superman dan Rachel Brosnahan sebagai Lois Lane.
David Corenswet muncul buat kali pertama adalah di dalam siri The Politician oleh Ryan Murphy dan diikuti oleh siri Netflix Hollywood. Selepas itu, dia telah berlakon dalam siri HBO, We Own This City dan filem seram Pearl yang dikeluarkan pada tahun lepas.
Manakala Rachel Brosnahan pula merupakan pemenang Emmy dan Golden Globe untuk siri The Marvelous Mrs. Maisel. Selain itu, dia juga telah menjadi terkenal selepas melakonkan watak Rachel Posner sekali gus memberikannya peluang sebagai pencalonan Emmy.

Selain mereka berdua, terdapat beberapa pelakon lain yang telah mencuba untuk menjadi Clark Kent/Superman dan Lois Lane seterusnya termasuk Nicholas Hoult yang pernah melakonkan watak Hank/Beast dalam X-Men; Tom Brittney melakonkan watak Billy dalam Make Me Famous; Emma Mackey membawa watak Emily Bronte dalam filem Emily; dan Phoebe Dynevor yang membawa watak Clarice Cliff dalam siri The Colour Room.
Kini, James Gunn bersama pasukannya sedang mencari pelakon untuk membawa watak Lex Luthor dan The Authority di mana watak-watak ini akan membuat kemunculan buat kali pertama sebelum filem mereka sendiri.

Berikut adalah plot filem Superman: Legacy:-
“Mengisahkan perjalanan Superman untuk mendamaikan warisan Kryptoniannya dengan didikan manusia sebagai Clark Kent dari Smallville, Kansas. Dia adalah penjelmaan kebenaran, keadilan dan cara Amerika, yang berpandukan oleh kebaikan manusia di dunia yang melihat kebaikan sebagai cara lama.”
Memandangkan pencarian Superman seterusnya telah pun tamat, David Corenswet bakal melakonkan watak Clark Kent/Superman di dalam francais DCU yang akan dikendalikan oleh James Gunn. Superman: Legacy bakal ditayangkan pada 11 Julai 2025.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post