Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SaGa Frontier Remastered akan datang ke PS4, Switch, PC & Mobile pada tahun 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 29, 2020
in 2D/ Pixel, Android, Artikel, Berita, Genre, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam
0 0
0
SaGa Frontier Remastered akan datang ke PS4, Switch, PC & Mobile pada tahun 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Dikenali sebagai salah satu RPG klasik untuk PlayStation pada 1998, SaGa Frontier kini akan mendapat versi Remastered untuk PS4, Switch, PC (Steam), dan telefon pintar pada musim panas 2021. Mari kita lihat trailer untuk SaGa Frontier Remastered daripada Square Enix di bawah:

Kali ini, SaGa Frontier akan menampilkan pasukan yang terdiri daripaada lapan watak dengan Fuse ditambahkan sebagai watak baru yang boleh dimainkan. SaGa Frontier yang asli menampilkan tujuh watak utama iaitu Asellus, Blue, Emelia, Lute, Red, Riki, dan T260G. Kesemua 8 watak mempunyai matlamat dan jalan cerita yang berbeza, termasuk Fuse. Selain itu, versi asli mempunyai beberapa adegan yang tidak pernah dimasukkan ke dalam kisah Asselus. Versi Remaster akhirnya akan menambahkan adegan-adegan ini, supaya peminat dapat menikmati kisah Asselus dengan lebih mendalam.

Versi Remaster juga telah meningkatkan kualiti grafik. Bermula dengan watak dan raksasa, latar belakang telah diperbaiki pada resolusi yang lebih tinggi. Malah, skrin menu juga direka semula agar lebih mudah. Seperti yang telah kita lihat dalam permainan Remaster lain oleh Square Enix, versi canggih ini selalunya akan menambahkan beberapa fungsi berguna, termasuk “double speed” dan ciri-ciri lain untuk menjadikan pengalaman permainan lebih mudah.

 

1 of 3
- +

SaGa Frontier Remastered akan dilancarkan secara digital untuk PlayStation 4, Nintendo Switch, PC melalui Steam, iOS, dan Android pada musim panas 2021. Permainan ini asalnya dikeluarkan untuk PlayStation di Jepun pada bulan Julai 1997.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SaGa FrontierSaGa Frontier Remasteredsquare enix
Previous Post

Pakar silat Ultraman Ribut menjadi watak utama dalam movie Ultra Galaxy Fight: The Absolute Conspiracy! Percuma di YouTube!

Next Post

Game mobile Sakura Revolution akan keluar pada 15 Disember di Jepun! Gameplay trailer baru ditunjukkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game mobile Sakura Revolution akan keluar pada 15 Disember di Jepun! Gameplay trailer baru ditunjukkan!

Game mobile Sakura Revolution akan keluar pada 15 Disember di Jepun! Gameplay trailer baru ditunjukkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd