Sikit-sikit Sony Interactive bawakan game eksklusif mereka masuk ke PC. Sebelum ini, mereka telah membawa Horizon Zero Dawn, God of War, Spider-Man dan macam-macam lagi. Yang terbaru, mereka akan membawa satu game adventure iaitu Sackboy: A Big Adventure dan akan tersedia pada 27 Oktober 2022 di PC melalui Steam dan Epic Game Store.

Dengan membawa game eksklusif PlayStation, sudah pasti mereka akan menambah pelbagai ciri-ciri grafik yang lebih berkuasa dan sepadan dengan hardware PC. Yang pertama adalah game ini boleh dimainkan dengan resolusi 4K bersama 120FPS bagi memberikan dunia persekitaran Sackboy nampak lebih meriah dan terperinci.

Mereka juga menambah “Deep Learning Super Sampling” (NVIDIA DLSS) untuk meningkatkan prestasi yang hanya boleh didapatkan pada GPU NVIDIA GeForce RTX. Tambah pula dengan kehadiran “Variable Refresh Rate” (VRR), Sackboy boleh dimainkan dengan refresh rate pada tahap maksimum dan menjadikan gameplay ini lebih responsif.
Pada sesiapa yang mempunyai monitor “wide screen”, anda tidak perlu risau kerana Sackboy boleh menyokong pelbagai nisbah skrin sehingga 21:9. Memang sangat seronok, kalau dapat bermain game seperti dengan sokongan “wide screen”.
Sudah alang-alang game eksklusif dibawa masuk ke PC, mereka juga menambah ciri-ciri kelebihan DualSense di mana game ini dapat menyokong sepenuhnya. Jadi, “haptic feedback” dan “dynamic trigger” memang akan tersedia untuk game ini.

Jika anda berminat untuk mendapatkan game ini, ia telah pun di buka untuk “pre-purchase” di Steam dan juga Epic Game Store. Kepada sesiapa yang membuat pre-purchase, anda akan dapat bonus skin dan “emote” untuk menyesuaikan dengan watak Sackboy nanti.
- Connor – Prototaip Cyberlife android.
- Jin Sakai – Samurai yang tidak takut.
- Deacon St. John – Penunggang motosikal haram.
- Sam Porter Bridges – Kurier yang berani.
Untuk mendapatkan prestasi yang hebat semasa bermain Sackboy: A Big Adventure, ini adalah spesifikasi penuh yang disarankan oleh mereka.
[wpdatatable id=140]Saya ingin mengingatkan anda bahawa Sackboy: A Big Adventure akan tersedia pada 27 Oktober di PC melalui Steam dan Epic Game Store. Manakala sesiapa yang berminat untuk mendapatkan skin dan “emote” khas daripada PlayStation, anda boleh lakukan “pre-purchase” sebelum ia dilancarkan nanti.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post