Nama Ryan Reynolds sudah biasa kita dengar di media, filem dan juga permainan video. Tambahan pula, Ryan kan terkenal dengan watak dia iaitu Deadpool dan tikus yang mempunyai kuasa elektrik – Pokemon Detective Pikachu. Dalam satu temu ramah bersama penerbit dan penulis skrip, Joe Carnahan, Ryan Reynolds ni sebenarnya pernah dipertimbangkan untuk membawa watak Nathan Drake dalam satu filem R-rated Uncharted sebelum dia mengambil watak sebagai Deadpool.
https://twitter.com/DiscussingFilm/status/1104870645916143616?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1104870645916143616&ref_url=https%3A%2F%2Fcomicbook.com%2Fgaming%2F2019%2F03%2F10%2Fryan-reynolds-nathan-drake-uncharted-film%2F
Menurut Carnahan, dia juga berbincang mengenai filem Uncharted itu sendiri dan mengatakan yang skrip yang dihasilkan adalah sangat menarik dan seronok. Namun, itu bukanlah skrip yang betul-betul siap dan masih belum muktamad. Dan Trachtenberg, iaitu pengarah untuk filem ini akan bekerjasama dengan watak zaman muda Nathan Drake, yang akan dimainkan oleh Tom Holland.
https://www.youtube.com/watch?v=Dzi4Ly9cT2A&feature=youtu.be
Tiada release date untuk filem Uncharted ini lagi. Tapi mesti menarik kan untuk lihat Ryan Reynolds memainkan watak sebagai Nathan Drake? Atau mungkin tidak, sebab kita sudah terbiasa dengan dia jadi Deadpool. Apa pendapat korang pulak? Sesuai ke?
Sumber: Youtube Interview
@gamersantaimy
Discussion about this post