Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Russo Brothers tidak terlibat dengan Marvel hingga 2023, sibuk dengan projek sendiri

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2022
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Russo Brothers tidak terlibat dengan Marvel hingga 2023, sibuk dengan projek sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Pasti ramai peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) yang mahu melihat kepulangan Russo Brothers di Phase 6 tetapi malangnya, saya ada berita buruk. Walaupun telah mengarahkan banyak filem Marvel yang berjaya, Russo Brothers telah mengesahkan mereka tidak akan menguruskan apa-apa projek dalam MCU Phase 6, sekurang-kurangnya hingga tahun 2030.

Selepas ditanya sama ada mereka akan kembali ke MCU, Joe Russo memberi jawapan yang jelas kepada Variety.

“Kami sentiasa bercakap; kami perlu melihat apa yang boleh jadi.”

“Kami tidak bersedia untuk melakukan apa-apa dengan Marvel sehingga penghujung dekad.”

Buat masa ini, Russo Brothers memegang status sebagai pengarah kepada beberapa filem Marvel paling berjaya dalam sejarah. Mereka membuat debut MCU dengan mengarahkan Captain America: The Winter Soldier (2014), diikuti oleh Captain America: Civil War (2016), dan akhirnya Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019).

Walaupun semua filem tersebut berjaya sukses dengan sendiri, Endgame memecahkan rekod box office dan mengaut keuntungan kasar sebanyak $2.797 bilion di seluruh dunia, lantas menjadikannya filem #2 dengan keuntungan terbanyak sepanjang masa di seluruh dunia (pertama adalah Avatar).

MCU Phase 6 akan bermula dengan Deadpool 3 arahan Shawn Levy (8 Nov. 2024), diikuti oleh Fantastic Four arahan Matt Shakman (14 Feb. 2025), Avengers: The Kang Dynasty arahan Destin Daniel Cretton (2 Mei 2025), dan diakhiri dengan Avengers: Secret Wars (1 Mei 2026). Semua filem MCU Phase 6 mempunyai pengarah, kecuali satu iaitu Avengers: Secret Wars, yang akan mengadaptasi salah satu jalan cerita paling terkenal dalam sejarah Marvel Comics.

Memandangkan filem itu sangat penting, saya faham kenapa ramai ingin Russo Brothers sebagai pengarah.

Jadi apakah projek semasa Russo Brothers?

Selepas Endgame, Russo Brothers masih kekal sibuk. Projek pertama mereka selepas kejayaan Endgame ialah drama Cherry 2021, yang dilakonkan oleh Tom Holland. Ini disusuli dengan filem The Grey Man di Netflix, yang dibintangi oleh Chris Evans dan Ryan Gosling.

Selepas itu, Russo Brothers meneruskan usaha di dalam siri TV sci-fi Citadel yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Itu akan diikuti oleh filem drama aksi robot “The Electric State” yang membintangi Chris Pratt dan Millie Bobby Brown. Projek ini dijadualkan akan keluar pada tahun 2024.


Untuk membaca segala liputan kami tentang MCU, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemMarvelmcuRusso Brothers
Previous Post

11 Game VR Diumumkan Untuk PS VR2! Antaranya The Dark Pictures, Jurassic World Dan Banyak Lagi!

Next Post

Alejandro Kakaroto – pemain pro bola sepak dinamakan sempena Goku dari Dragon Ball!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Alejandro Kakaroto – pemain pro bola sepak dinamakan sempena Goku dari Dragon Ball!

Alejandro Kakaroto - pemain pro bola sepak dinamakan sempena Goku dari Dragon Ball!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd