Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rusia mungkin akan mengharamkan anime isekai atas sebab isu “reinkarnasi”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 5, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Rusia mungkin akan mengharamkan anime isekai atas sebab isu “reinkarnasi”!
Share on FacebookShare on Twitter
Anime memang tidak lari dari isu penapisan, sehingga beberapa siri terpaksa diharamkan dengan serta merta kerana kandungannya yang bikin kontroversi. Dari Pokemon hingga Naruto, macam-macam jenis anime telah terkena masalah ini. Kini, sebuah laporan baru dari Rusia mengesahkan bahawa sejumlah anime isekai akan mula diharamkan, dan ini semua kerana fokus mereka pada genre reinkarnasi.
Sebuah mahkamah di St. Petersburg membuka kes ini pada minggu lepas, di mana mereka mengumumkan peraturan baru yang dibuat mengenai lima anime isekai. Mahkamah ini memilih untuk meletakan larangan sementara bagi anime tersebut kerana topik reinkarnasi yang bersifat “keterlaluan”.

Menurut mahkamah, anime yang terlibat termasuk Zombieland Saga, KonoSuba, That Time I Got Reincarnated as a Slime, Princess Lover, dan Nekopara. Anime ini diharamkan buat sementara pada laman web terpilih yang tidak meletakkan “tag genre”. Mahkamah ingin ke semua anime isekai ini diberi label tepat kerana topik reinkarnasi kemungkinan besar boleh mendorong gejala bunuh diri.

Antara bukti yang dikemukakan adalah anime isekai memberitahu penonton bahawa:

Setelah mati, akan ada kehidupan lebih bermakna dan menarik yang bebas daripada kawalan ibu bapa.”

Kontroversi ini dilihat berulang kali dalam siri isekai ketika protagonis mati hanya untuk dihidupkan semula di persekitaran yang lebih menarik. Pihak mahkamah percaya bahawa dunia ajaib yang ditunjukkan seperti anime KonoSuba akan mendorong penonton untuk membunuh diri supaya mereka dihidupkan semula di tempat yang “lebih baik”. Sehingga perkara ini selesai, nampaknya beberapa anime akan diharamkan buat sementara. Harap-harap peminat anime di Rusia tidak terlalu kecewa.

Sumber  – Reddit

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeISEKAIKonoSubaNekoparaPrincess LoverreinkarnasiRusiaThat Time I Got Reincarnated as a SlimeZombie Land Saga
Previous Post

Sambutan Ramadan makin meriah dengan Zizan Razak menjadi duta pertama Malaysia untuk Free Fire!

Next Post

Call Of Duty Mobile makin KAYA dengan muat turun mencecah 500 juta kali!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Call Of Duty Mobile makin KAYA dengan muat turun mencecah 500 juta kali!

Call Of Duty Mobile makin KAYA dengan muat turun mencecah 500 juta kali!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd