Microsoft dikhabarkan akan melancarkan konsol next-gen Xbox yang lebih murah pada bulan ini, dan nampaknya ia rasmi akan dipanggil Xbox Series S. Berikut adalah gambar controller terbaru Xbox next-gen yang berwarna putih, lengkap dengan pembungkusan Xbox Series S. Dimuat naik di Twitter oleh Zak S, ia disahkan ialah asli dan bukan tiruan.
https://twitter.com/zakk_exe/status/1292602854990065670
Bahagian pembungkusan menyatakan bahawa controller ini berfungsi dengan kedua-dua konsol Xbox Series X dan Xbox Series S tetapi Microsoft belum secara rasmi melancarkan Xbox Series S, dan juga tidak mengesahkan controller Xbox Series X yang berwarna putih tersebut. Controller Xbox Series X ini sebenarnya bocor dalam talian pada bulan lalu, dan menunjukkan D-pad baru, trigger yang bertekstur, dan butang “share” baru.
And here’s a video to show that it’s real pic.twitter.com/4SWl3nmsIw
— Zak S (@zakk_exe) August 10, 2020
Kemungkinan besar, Xbox Series S ialah konsol next-gen Microsoft yang lebih murah. Ia dilabel sebagai dilabel sebagai Lockhart dan dijangka akan mempunyai 7.5 GB RAM, anggaran 4 teraflops GPU, dan dihasilkan dengan CPU yang sama seperti Xbox Series X. Dikhabarkan akan akan lancar pada bulan Ogos ini, Xbox Series S akan memainkan peranan besar dalam rancangan langganan Xbox All Access yang menyertakan konsol Xbox dan Xbox Game Pass Ultimate (Xbox Live dan Xbox Game Pass) untuk bayaran bulanan.
Microsoft tidak memberi komen mengenai kebocoran di atas, jadi ia mungkin akan alami beberapa perubahan sebelum pelancaran rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post