Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rupa Kamen Rider Black Sun di dedahkan – fokus kepada penonton dewasa!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 11, 2022
in Amazon Prime Video, Berita, Movie/siri, Tokusatsu
0 0
0
Rupa Kamen Rider Black Sun di dedahkan –  fokus kepada penonton dewasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Toei akhirnya telah mengeluarkan trailer terbaru untuk Kamen Rider Black Sun, entri baru dalam tokusatsu ikonik yang fokus untuk orang dewasa dan mengesahkan tarikh tayangan siri ini pada 28 Oktober di Amazon Prime Video.

Untuk pengetahuan anda, siri ini merupakan “reboot” kepada siri original Tokusatsu Kamen Rider Black. Tidak seperti siri lain dalam francais Kamen Rider, Black Sun lebih ditumpukan kepada orang dewasa kerana di dalam trailer tersebut kita dapat saksikan pelbagai pergolakan emosi, sosial dan aksi seram.

Kita telah diperkenalkan dengan tiga watak utama iaitu Aoi Izumi, seorang aktivis muda yang menyeru hak sama rata antara manusia dan Kaijin, Kotaro Minami sebagai Kamen Rider Black Sun dan Nobuhiko Akizuki sebagai Kamen Rider Shadow Moon. Mereka berdua mempunyai masa silam yang dikongsi bersama dan kedua-duanya calon untuk menjadi Creation King seterusnya.

Dianggap sebagai salah satu tunjang utama genre Tokusatsu, Kamen Rider digambarkan sebagai wira-wira bertemakan serangga. Francais ikonik ini telah lama dicipta oleh Shotaro Ishinomori, yang terkenal dengan siri Power Rangers dan pada tahun 1971, Kamen Rider telah disiarkan buat kali pertama.

Berikut merupakan sinopsis Kamen Rider Black mengikut Wikipedia:

Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan “cyborg” untuk menjadikan mereka calon bagi “Creation King” Gorgom. Kedua-duanya digelar “Century Kings” serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi “Creation King”.

Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom.

Dia kemudian mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya – Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandung Kotaro dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar Black Sun dan Shadow Moon.

Kotaro yang mengambil nama Kamen Rider Black nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun.

Korang boleh tengok trailer tersebut di bawah:

Sekali lagi saya ingatkan bahawa siri ini merupakan “reboot” kepada siri Kamen Rider Black dan bakal ditayangkan pada 28 Oktober ini di Amazon Prime Video sebanyak 10 episod.

Untuk lebih banyak berita menarik tentang Kamen Rider, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Amazon Prime VideoKamen Rider BLACK SunTokusatsu
Previous Post

Bajet 2023 – Bermula dengan UTC, kerajaan bersedia ke arah hab digital!

Next Post

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden bakal dilancarkan 19 Januari 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Persona 3 Portable & Persona 4 Golden bakal dilancarkan 19 Januari 2023!

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden bakal dilancarkan 19 Januari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd