Dengan pelancaran beta tertutup Valorant Mobile di China pada Jun ini, Tencent akhirnya mendedahkan spesifikasi (spec) sistem rasmi — dan apa yang paling mengejutkan, keperluannya ternyata sangat mesra pengguna, memberi peluang kepada lebih ramai pemain untuk merasai pengalaman shooter taktikal 5v5 terkenal dari Riot Games di peranti mobile.
Valorant Mobile diumumkan pada April 2025 oleh Anna Donlon, Ketua Studio Global, dan Andy Ho, Penerbit Eksekutif Global Riot Games. Ia dibangunkan menerusi kerjasama dengan Lightspeed Studios, anak syarikat Tencent yang terkenal menerajui pembangunan PUBG Mobile.
Tujuannya jelas: mengekalkan elemen gunplay yang tepat dan pertempuran berpasukan yang tersusun — faktor utama yang menjadikan versi PC Valorant begitu popular di seluruh dunia.
Pelancaran beta tertutup yang eksklusif di China ini merupakan langkah permulaan ke arah pengembangan ke platform mobile, dengan kejohanan esports pertama dijadual berlangsung pada Julai 2025 di Qingdao, China melalui kerjasama dengan OnePlus.
Bagi memastikan game ini boleh diakses oleh seramai mungkin, Riot dan Tencent telah mengoptimumkan game ini agar berfungsi di pelbagai jenis peranti, termasuk telefon kelas permulaan. Berikut ialah keperluan spec Valorant Mobile berdasarkan tahap prestasi yang berbeza:
Keperluan Minimum
Untuk pengalaman asas bermain:
- Android: Android 5 ke atas, cip Snapdragon 450 / MediaTek MT6763T / Kirin 710, RAM 3GB, storan 8GB.
- iOS: iOS 12 ke atas, cip A9 (iPhone 6S atau lebih baru), RAM 2GB, storan 10GB.
Spesifikasi Recommended
Untuk pengalaman permainan yang lebih lancar dengan tetapan sederhana ke tinggi dan kadar bingkai stabil:
- Android: Android 9 ke atas, Snapdragon 480 / MediaTek Dimensity 720 / Kirin 810, RAM 6GB.
- iOS: iOS 12 ke atas, cip A12 (iPhone XR atau lebih baru), RAM 3GB.
Spesifikasi Gred Kompetitif
Untuk mereka yang mahu bermain dengan kelebihan maksimum dalam suasana kompetitif:
- Android: Android 11 ke atas, Snapdragon 778G / MediaTek Dimensity 1000 / Kirin 985, RAM 8GB.
- iOS: iOS 15 ke atas, cip A15 (iPhone 13 Pro atau lebih baru), RAM 6GB.

Ketika versi beta mula dibuka, ramai yang ternanti-nanti untuk melihat sejauh mana Valorant Mobile mampu menyaingi kejayaan versi PC-nya.
Dengan spesifikasi minimum yang begitu rendah, Riot dan Tencent jelas komited untuk menjadikan game ini mudah dicapai oleh semua, tanpa mengira jenis peranti yang dimiliki: satu langkah besar untuk membawa dunia penuh aksi dan warna Valorant ke tapak tangan pemain seluruh dunia.
@gamersantaimy
Discussion about this post