Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rumusan Podcast Xbox: Konsol Baharu, 4 Game Eksklusif Akan Tersedia di Platform Lain

Maira by Maira
February 16, 2024
in Artikel, Berita, Game, Xbox Series X|S
0 0
0
Rumusan Podcast Xbox: Konsol Baharu, 4 Game Eksklusif Akan Tersedia di Platform Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Xbox podcast telah menyampaikan beberapa perkara mengenai masa depan Xbox serta beberapa perkara mengenai khabar angin yang diperkatakan oleh gamer pada bulan ini. CEO Microsoft Gaming, Phil Spencer serta Presiden Microsoft Gaming, Sarah Bond telah muncul dalam podcast tersebut untuk menyampaikan berita tersebut.

Sumber: Xbox

Antara perkara yang didedahkan semasa podcast tersebut adalah berkenaan ketersediaan game eksklusif Xbox pada platform lain seperti PS5 dan Nintendo Switch. Kalau anda ingin tahu, ada khabar angin bahawa game seperti Starfield dan Indiana Jones akan dibawa ke platform lain. Spencer sendiri telah menidakkan khabar angin tersebut.

Walaupun begitu, Spencer turut mendedahkan bahawa empat game Xbox sudah dirancang untuk dibawa ke platform lain. Tajuk-tajuk game tersebut masih lagi misteri, tetapi melalui petunjuk yang diberikannya, ada kemungkinan besar juga game tersebut ialah Sea of Thieves, Grounded, Hi-Fi Rush dan Pentiment. Apa pun kita tunggu pengumuman rasmi mengenainya nanti.

Sumber: Xbox

Selain itu, Sarah Bond telah mengongsikan bahawa syarikat itu sedang menghasilkan konsol baharu yang akan menjadi pengganti Xbox Series X|S. Menegaskan pendirian Xbox terhadap hardware konsol, Bond mendedahkan bahawa konsol baharu itu akan “memberikan lonjakan teknikal terbesar yang pernah anda lihat dalam generasi hardware”.

Bond turut menjelaskan bahawa hardware masih lagi teras dalam proses pembangunan Xbox kerana pasukan Xbox Games Studios akan membantu menentukan spesifikasi hardware baharu Xbox yang akan membolehkan mereka membangunkan game mereka padanya.

Sumber: Xbox

“Tetapi mereka juga akan dapat diakses di mana-mana skrin kerana semua pelaburan lain yang kami buat. Jadi kami memberi mereka cara mudah untuk mengakses seramai mungkin pemain,” tambah Bond.

Jadi ada antara khabar angin yang dibualkan betul dan ada juga tidak. Paling penting sekali, Xbox tidak ada rancangan untuk meninggalkan scene konsol buat masa ini. Kami pasti itu sahaja cukup menyenangkan hati peminat Xbox. Kalau anda ingin melihat podcast tersebut, boleh tonton video di bawah!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: xboxXbox Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV akan Tersedia di Xbox Game Pass Pada 28 Mac Ini!

Next Post

Invincible Season 2 Part 2 Bakal Tiba pada 14 Mac, Trailer Rasmi Didedahkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Invincible Season 2 Part 2 Bakal Tiba pada 14 Mac, Trailer Rasmi Didedahkan!

Invincible Season 2 Part 2 Bakal Tiba pada 14 Mac, Trailer Rasmi Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd