Selepas tersebarnya mock-up video game controller Google, kali ini terdapat satu lagi khabar angin yang mengatakan Google dan SEGA akan berganding bahu dalam pembikinan satu konsol next-gen yang terbaru. Google dijangka akan membentangkan projeknya di Game Developers Conference pada 18 Mac ini. Dan jika khabar angin tersebut betul, next-gen konsol oleh Google mungkin akan diumumkan di sana termasuklah pengumuman tentang partnership mereka bersama SEGA untuk menghasilkan semua games bagi peranti tersebut serta peranti untuk streaming.
Khabar angin ini diambil dari channel Youtube Spawn Wave di mana dia memberikan maklumat tanpa memberikan sebarang sumber di mana maklumat tersebut didapati. Oleh itu, peminat tidak harus mengambil khabar angin ini dengan serius. Buat masa ini, SEGA masih lama tersepi tanpa sebarang pengumuman mengenai game terbaru yang mereka akan keluarkan, oleh sebab itu khabar angin ini agak mudah untuk dipercayai. Tidak diragui yang SEGA masih dalam pembikinan untuk menghasilkan game terbaru, cuma kita mungkin tidak ketahui mengenainya disebabkan mereka mungkin sedang bekerjasama dengan Google untuk hasilkan eksklusif title bagi next-gen konsol Google.

Seperti yang kita tahu, ini semua hanyalah spekulasi, namun tidak mustahil untuk kedua-dua syarikat gergasi ini untuk bekerjasama kan? Apa-apa pun, kita tunggu pengumuman official dari mereka sendiri! Game Developers Conference yang akan berlangsung nanti akan menjadi jawapan untuk segala persoalan peminat.
Sumber: Game Rant
@gamersantaimy
Discussion about this post