Kebelakangan ni banyak berita tentang karakter baru Apex Legends yang tersebar meluas di Internet. Beberapa hari yang lepas kita dapat tahu rumour pasal Prophet, sekarang ni ada lagi rumour terbaru, iaitu karakter Octane!
https://twitter.com/ApexLegendNews/status/1101039069554008064
Siapakah Octane?
Setakat ini, masih belum ada maklumat lengkap berkaitan karakter terbaru ini, tapi nickname untuknya adalah High Speed Daredevil. Maklumat bocor ini disebarkan oleh seorang pengguna Reddit (akaunnya telah pun kena banned!). Segala butiran mengenai latar belakang Octane tidak ketahui dengan jelas, jadi pemain hanya dibiarkan dengan spekulasi berdasarkan gambar Legend yang kononnya telah leaked itu.

Kebolehan Octane
Passive: Swift Mend – Boleh restore health bila tidak mengambil sebarang damage atau tembakan.
Tactical: Adrenaline Junkie – Bergerak 30% lebih cepat dalam masa 8 saat tapi akan mengambil 10% health.
Ultimate: Launch Pad – Kebolehan untuk meletak launch pad yang melambungkan pemain ke udara.
Apex Season pertama dijangka akan berlaku pada bulan Mac. Namun, informasi yang tepat dan jelas bila Season pertama akan berlaku mahupun karakter yang leaked ini akan dibawa masuk pada Season pertama, masih belum diketahui. Seperti biasa, maklumat tentang apa-apa karakter yang leaked ini tidak perlu diambil secara serius tanpa pengumuman official dari Respawn Entertainment sendiri. Sama ada maklumat ini sahih atau tidak, kita tunggu season pertama Apex Legends!
@gamersantaimy
Discussion about this post