Vikendi yang sekarang ni korang boleh download dalam PUBG Mobile korang ni, dan sememangnya tak berat mana pun file map tu sahaja korang perlukan 300mb lebih je, dan start tengah malam ni 12AM (waktu arab) , kita dalam time 8am camtu korang dah boleh main.
Tetapi, selepas Vikendi kita tak tahu apa rancangan seterusnya PUBG. Ada yang kata maybe diorang nak fix PUBG balik, ataupun diorang nak buat map baru? Bercakap tentang map baru, beberapa bulan lepas ada rumors yang mengatakan PUBG akan keluarkan map terbaru selepas map salji (Vikendi) dengan memperkenalkan environment di Italy dan nama map itu adalah Venezia!
Ada seorang Reddit user yang tampil untuk beritahu yang dia seorang map creator dan dia telah memberitahu yang PUBG sudah confirm tentang Venezia, dan mengikut sumber PUBGProfessor yang dapat details yang Venezia ni akan berkemungkinan besar akan tiba dalam update 0.12 atau 0.13. Walaupun begitu ianya menyerupai seperti size Sanhok iaitu 4 x 4 dan nampaknya ada pelbagai perkara mereka tambah dalam map ini.
Kenderaan mereka tambah adalah :-
- Aquarail
- Bicycle
- Fiat 500
- Vespa
Kalau Senjata pula :-
- Beretta ARX160 (AR)
- Benelli M4 (Shotgun)
- HK P11 (Underwater Pistol)
Loot Crate :-
- Tema Renaissance
- Tema Gladiator
Tetapi, walaupun kita masih tiada kata putus yang bila akan keluar ataupun projek ni bukan hanya rumors, tetapi banyak sumber mengatakan yang selepas Vikendi dilancarkan mereka akan teruskan dengan projek Venezia terus. Di harapkan ada pelbagai berita lagi tentang Peta baru ini dan nampaknya rumors ni telah hidup kembali.
@gamersantaimy
Discussion about this post