Menurut beberapa sumber, ada berita yang developer game dari FromSoftware sedang membuat game baru tetapi tidak diperkatakan game jenis apa dan apa maklumat lebih lanjut, tetapi apa yang kita tahu setakat ini ada sumber mengatakan game ini akan menjadi game yang terbesar setakat ini bagi mereka. Ianya berkemungkinan besar akan menjadi Open-World dan pencipta Novel fikysen Game of Thrones George R.R. Martin akan terlibat dalam project ini tersebut yang ramai jangkakan dia akan menjadi konsultan ataupun jadi penulis untuk game terbaru yang akan membantu dari segi persekitaran game itu tersebut.
There is a FromSoftware rumour going around that is absolutely bonkers. I think you should be hearing some more about this later today.
— Liam (@liamrobertson.bsky) (@Doctor_Cupcakes) March 27, 2019
Ada wartawan yang bertauliah dan dipercayai yang bernama Robertson mendapat maklumat lebih tentang game ini iaitu, game ini akan diterbitkan oleh Bandai Namco dan akan mengandungi tetapan open-world yang mempunyai banyak kerajaan yang pemain boleh meneroka dan berinteraksi (ala-ala elder scrolls juga). Pemain itu juga boleh menjadi ketua di kerajaan pilihan pemain dan dapat menggunakan kelebihan tesebut sepanjang game itu, dan perlu dimaklumkan yang pemain juga boleh memilih kerajaan apa yang pemain mahu serang ataupun berkerjasama.
https://twitter.com/thesedemondays/status/1111364666117246977
Sudah tentu yang ini hanya ura-ura dan kita tak boleh beri kata putus dan kita kena tunggu maklumat ini lebih lanjut, sebab sebelum ini pun kita dah mendapat kepastian yang pencipta The Lord of The Rings iaitu J.R.R Tolkien sedang membuat game yang berkaitan Gollum dan pencarian cincin karekter tersebut. Yang peliknya, beberapa tahun lepas tentang ura-ura ini juga dan nampaknya berita ini telah kembali berjalan dan tunggu masa sahaja yang sama ada ini perkara benar ataupun hanya “fake news”
@gamersantaimy
Discussion about this post