Square Enix nampaknya telah mengeluarkan satu lagi game remaster untuk tajuk klasik mereka. Game yang kami maksudkan ialah Romacing SaGa yang telah dilepaskan pada 1992 pada konsol Super Famicon. Versi remake telah pun dikeluarkan pada PS2 13 tahun lalu, bertajuk “Romancing SaGa Minstrel Song”. Kali ini game tersebut telah mendapat versi remastered untuk dimainkan pada konsol terbaru. Ingin tahu apa penambahbaikan pada game ini? Teruskan membaca review kami untuk Romancing SaGa Minstrel Song Remastered!
Penambahan baru
Selain daripada visual HD, pemain kini boleh rekrut lebih ramai watak, di mana watak yang sebelum ini tidak boleh direkrut boleh dibawa masuk ke parti. Contohnya seperti Schiele, Marina, Monica dan Flammer.
Selain itu, terdapat acara baharu yang telah diperkenalkan. Boss juga telah dipertingkatkan bersama muzik baru serta mode “high speed” untuk traversal pantas atau membuatkan battle lebih cepat. Di samping itu, remastered ini menambah mini-map, class baharu dan new game+ di mana anda boleh membawa stat game pertama dalam ulangan.

Persembahan
Sejujurnya, kami suka bagaimana game ini menyampaikan kisahnya kepada pemain. Ia diceritakan melalui perspektif watak berbeza yang dimainkan. Walaupun watak berada di dua tempat berbeza, mereka akan bertemu dan mengembara bersama-sama jika direkrut ke parti anda. Ia menghasilkan penceritaan yang baik kerana anda sendiri terasa seperti mengembara bersama watak di dunia fantasi itu.

Dunia Romancing SaGa -Minstrel Song- agak besar dan padat dengan pelbagai watak yang unik. Mungkin susah untuk anda melihat segala benda yang ditawarkan dalam game apabila bermainnya pertama kali. Setiap lokasi yang dilalui terasa berbeza daripada segi visual dan budayanya. Dari tempat yang bersih dan sibuk di Crystal City ke bandar pelabuhan Yeoville sehingga jalan-jalan South Estamir yang dipenuhi samseng dan kanak-kanak yang kelaparan.

Setiap watak juga kini mempunyai suara dan bagi kami ia merupakan tambahan yang bagus kerana kita boleh lihat personaliti watak dengan lebih jelas walaupun ada beberapa lakonan suara hanya biasa-biasa sahaja. Muziknya memang mantap. Ada beberapa lagu yang bunyi sangat epik yang seperti Overture dan beberapa lagu lain seperti Passionate Eyes Captivating Dance (Barbara’s theme) yang memberikan vibe fantasi.

Dari segi visual pula, ia telah mengekalkan gaya PS2 tetapi diperkemaskan supaya kelihatan lebih jelas dan tajam. Reka bentuk latar belakang dan lokasi juga kelihatan cantik dan unik. Cuma model watak bagi kami kelihatan seperti pelik sedikit tetapi kalau bermain dengan lama, sudah tentu mata sudah biasa dengannya.

Gameplay
Bercerita tentang gameplay, Romancing SaGa -Minstrel Song- terasa seperti game tabletop RPG, di mana segala perkara yang dilakukan pemain akan mempengaruhi penceritaannya. Antara benda yang kami suka mengenainya ialah kita diberi kebebasan untuk menentukan perjalanan kita sendiri. Kita bebas untuk meneroka semua tempat dan merasai segala quest yang tersedia. Tetapi quest dia pula kadang-kadang memberikan misi yang agak samar-samar dan tidak memberikan maklumat yang jelas. Jadi mahu atau tidak, kena juga cari guide kalau tidak mahu bazirkan masa ke hulu ke hilir.

Untuk combat, game ini mempunyai sistem turn-based combat klasik tetapi dengan sedikit penambahan unik. Terdapat beberapa faktor utama yang anda perlu perhatikan, antaranya Battle Points (BP), sumber yang boleh digunakan oleh watak untuk melakukan serangan yang hebat dan menjana semula sepanjang combat. Faktor lain ialah Durability Points (DP) yang menunjukkan keadaan senjata. Selepas senjata habis DP, ia tidak boleh digunakan sehingga ia dibaiki.

Watak pula mempelajari kebolehan melalui in-battle trigger yang dipanggil “Glimmers”, di mana watak boleh menggunakan kemahiran baharu secara rawak semasa combat atau sejauh mana watak itu mahir menggunakan senjata mereka. Watak juga tidak mempunyai level sebaliknya memperoleh statistik yang diberikan secara rawak selepas memenangi combat.

Ciri lain yang menarik ialah, HP watak akan dikembalikan secara automatik selepas setiap pertarungan. Tetapi jika ia mencapai angka 0 semasa bertarung, mereka akan KO dan boleh dibawa masuk semula ke combat apabila disembuhkan. Walaupun begitu, anda benda yang anda perlu tahu. Jika anda gagal menyembuhkan watak yang KO, ini akan menyebabkan mereka kehilangan Life Points (LP) yang apabila mencapai 0, watak itu akan hilang secara kekal. Nasib baik boleh isi semula LP dan DP senjata apabila berehat di inn dalam bandar.

Seperti yang kami ada nyatakan, ada banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan dalam game. Terdapat kemahiran yang merupakan satu siri tindakan khas yang boleh anda lakukan dalam dungeon atau combat. Terdapat magic shop yang dipisahkan daripada sekolah sihir yang berbeza, kemahiran, class, peralatan dan lain-lain. Game ini memberikan anda banyak maklumat pada permulaan tetapi ianya sangat mudah difahami. Cuma kena rajin membaca sahajalah.

Kesimpulan
Romancing SaGa -Minstrel Song- Remastered memberikan nafas baharu kepada game PS2 ini. Ditambah pula dengan gaya penceritaan dan sistem combat yang menarik ia mampu memberikan pengalaman gaming yang unik. Ini juga merupakan kali pertama kami bermain game Romancing SaGa.
Walau bagaimanapun, ada beberapa benda yang kami tidak berapa suka. Salah satunya adalah kawalan kamera yang sangat pelik dan mengecewakan, lebih-lebih apabila berada dalam dungeon yang mempunyai musuh di luar pandangan kamera, bersedia untuk menyerang hendap anda. Tanpa panduan, ada beberapa quest yang tidak diterangkan dengan jelas. Jadi agak lama juga untuk menyelesaikannya kerana anda akan mengembara ke lokasi berbeza dan bertemu dengan hampir semua watak hanya untuk mendapatkan petunjuk.

Apa pun, ia masih menawarkan permainan mengasyikkan, penuh dengan pembinaan dunia yang mengagumkan, mekanik combat yang mendalam, serta barisan watak yang menarik.
@gamersantaimy
The Review
Romancing SaGa -Minstrel Song- Remastered
PROS
- Konsep yang unik
- Mekanik combat yang mendalam
- Boleh dimain berulang kali
CONS
- Banyak quest yang tidak jelas
- Mungkin membebankan pemain baru dalam genre ini
Discussion about this post