ASUS Republic of Gamers (ROG), bersama Xbox, telah memperkenalkan dua peranti gaming handheld terbaru mereka — ROG Xbox Ally dan ROG Xbox Ally X — yang dijadualkan untuk lancar pada musim cuti tahun 2025.
ROG Xbox Ally dilengkapi cip AMD Ryzen Z2 A yang memberikan prestasi setanding konsol dengan penggunaan tenaga yang cekap, serta bateri berkapasiti 60Wh untuk sesi gaming yang lebih lama.
ROG Ally X pula tampil lebih hebat dengan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme, direka khusus untuk game AAA, lengkap dengan NPU dalaman bagi menyokong ciri berasaskan AI pada masa hadapan.
Kedua-dua model menyokong teknologi perisian terbaru AMD seperti FidelityFX Super Resolution (FSR), Radeon Super Resolution (RSR), dan Fluid Motion Frames (AFMF) untuk pengalaman grafik yang lebih lancar dan tajam.

Rekaan siri ROG Xbox Ally juga ditambah baik berdasarkan maklum balas pengguna model sebelumnya. Ia hadir dengan rehat tapak tangan yang lebih selesa dan cengkaman bertekstur untuk pegangan yang kukuh.
Model Ally X turut memperkenalkan fungsi “impulse trigger,” menawarkan tindak balas haptik yang lebih realistik bagi game yang menyokongnya — satu penambahan yang pasti digemari pengguna setia controller Xbox.

Peranti ini menggunakan sistem operasi Windows 11 yang telah dioptimumkan untuk pengalaman gaming handheld. UI skrin penuh Xbox akan terus dipaparkan sebaik sahaja peranti dihidupkan, membolehkan navigasi intuitif menggunakan joystick dan butang yang disesuaikan.
Game Bar juga menyediakan akses pantas kepada tetapan dan widget dengan hanya satu tekan butang Xbox. Walaupun berteraskan Xbox, peranti ini masih mengekalkan kebolehan Windows 11 untuk memainkan pelbagai jenis game dari pelbagai platform, menjadikannya mesin gaming yang amat serba boleh.

Untuk maklumat lanjut, layari SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post