Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG ialah penaja rasmi PUBG MOBILE Super League SEA Fall, akan bermula 2 Ogos!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ROG ialah penaja rasmi PUBG MOBILE Super League SEA Fall, akan bermula 2 Ogos!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penaja rasmi untuk acara PUBG MOBILE Super League (PMSL) 2023 di Malaysia, Thailand, dan Vietnam. Oleh itu, siri ROG Phone 7 akan ditetapkan sebagai telefon rasmi untuk kejohanan PUBG Mobile demi memberikan pengalaman mobile gaming gred e-sukan profesional.

Kredit: ASUS ROG

Pengarah Jualan dan Pemasaran Global ASUS bagi Unit Perniagaan Telefon, Shawn Chang berkata:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan PMSL. Kerjasama ini bukan sahaja mewujudkan siri ROG Phone 7 sebagai peranti rasmi untuk PMSL tetapi juga menandakan komitmen kami untuk menyediakan pemain dengan pengalaman gaming dan sokongan terbaik. Bersama, kami menyasarkan untuk memajukan industri e-sukan dan mencipta persekitaran kejohanan yang lebih baik. Kami berdedikasi untuk terus menambah baik dan berinovasi, menjadikan ROG Phone sebagai teman terunggul untuk pemain.”

Ketua Penerbitan & e-sukan Asia Tenggara, PUBG MOBILE, Oliver Ye pula menambah:

“Kami teruja untuk mempunyai ROG sebagai penaja rasmi bagi PMSL 2023. Ketika mobile gaming terus membuat tanda di pentas global, ia amat menggalakkan untuk melihat sokongan daripada komuniti untuk mempertingkatkan lagi industri secara keseluruhan. Dengan siri ROG Phone 7 sebagai telefon rasmi kejohanan, atlet e-sukan kami akan dilengkapi dengan teknologi yang diperlukan untuk mereka bersaing dengan kemampuan terbaik dan membanggakan negara masing-masing.”

Kredit: PUBG Mobile

Bagi mereka yang tidak tahu, PMSL ialah salah satu acara PUBG MOBILE yang paling besar dan paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara, yang mengumpulkan pemain terbaik daripada yang terbaik dari negara masing-masing, untuk memperoleh wang ganjaran besar. Untuk kejohanan akan datang – PMSL – SEA Fall 2023, sebanyak USD $250,000 USD bakal direbut oleh kalangan peserta.

Jadual kejohanan PMSL – SEA Fall 2023

  • Liga PMSL : 2 – 20 OGOS (Setiap Rabu – Ahad)
  • Grand Finals PMSL : 25 – 27 OGOS (Jumaat – Ahad)
  • Grand Finals akan diadakan di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur secara offline. Tiket tidak diperlukan!
Kredit: PUBG Mobile MY

Jika ada yang berminat dengan ROG Phone 7, smartphone gaming ini kini dijual di Malaysia, Kami juga pernah membuat ulasan tentang peranti ini dan membincangkan tentang ciri-cirinya dengan lebih terperinci. Untuk baca, anda boleh tekan pautan ini.

Anda juga boleh membaca segala liputan kami tentang PUBG Mobile di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PMSLpubg mobileROG
ShareTweetSend
Previous Post

Spider-Man: Beyond the Spider-Verse Ditunda, Filem lain Sony Pictures Mendapat Tarikh Tayangan Baru!

Next Post

Gelecek — Studio Animasi Ejen Ali, Wau Animation Acah Siri Baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gelecek — Studio Animasi Ejen Ali, Wau Animation Acah Siri Baharu!

Gelecek -- Studio Animasi Ejen Ali, Wau Animation Acah Siri Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd