Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar kecewa dengan kebocoran GTA 6, pembikinan masih diteruskan

safwan by safwan
September 20, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru, Open World, Shooter
0 0
0
Rockstar kecewa dengan kebocoran GTA 6, pembikinan masih diteruskan
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan dengan kebocoran video gameplay GTA 6 semalam, Rockstar Games telah memberikan respon melalui akaun Twitter rasmi mereka. Kebocoran ini telah melibatkan lebih kurang 80 video gameplay yang menunjukkan beberapa mekanik, ciri-ciri penting dan banyak lagi.

A Message from Rockstar Games pic.twitter.com/T4Wztu8RW8

— Rockstar Games (@RockstarGames) September 19, 2022

Kami baru-baru ini mengalami pencerobohan rangkaian di mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan mengakses dan memuat turun maklumat sulit secara haram daripada sistem kami, termasuk rakaman pembangunan awal untuk Grand Theft Auto seterusnya.

Pada masa ini, kami tidak menjangkakan sebarang gangguan kepada “live game service” kami mahupun sebarang kesan jangka panjang ke atas pembangunan projek kami yang sedang berjalan.

Kami amat kecewa apabila sebarang butiran game kami yang seterusnya dikongsi dengan anda semua dengan cara ini. Kerja kami pada game Grand Theft Auto seterusnya akan diteruskan seperti yang dirancang dan kami tetap komited seperti biasa untuk menyampaikan pengalaman kepada anda, pemain kami, yang benar-benar melebihi jangkaan anda.

Kami akan mengemas kini semua orang sekali lagi tidak lama lagi dan, sudah tentu, akan memperkenalkan anda dengan betul kepada game seterusnya ini apabila ia sudah sedia. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas sokongan berterusan mereka melalui situasi ini.

Menurut Rockstar Games

Syarikat induk bagi Rockstar Games iaitu Take-Two Interactive juga memberikan respon kepada perkara ini dengan mengatakan “Rockstar Games baru-baru ini mengalami pencerobohan rangkaian di mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan mengakses dan memuat turun maklumat sulit secara haram daripada sistemnya, termasuk rakaman pembangunan awal untuk Grand Theft Auto seterusnya.”

“Perkhidmatan Rockstar Games semasa tidak terjejas. Kami telah pun mengambil langkah untuk mengasingkan dan membendung kejadian ini,” tambahnya. Dengan segala kebocoran telah mendedahkan sedikit gameplay untuk GTA 6, mereka mengatakan yang pembangunan game masih jalan seperti yang dirancang.

Bersama dengan respon daripada kedua-dua syarikat, Take-Two Interactive mengambil inisiatif yang agresif untuk memadam semua video yang telah dibocorkan semalam. Ini termasuk video yang berada di Reddit, GTAForum, YouTube, Twitter dan banyak lagi.

Dengan video-video tersebut telah dipadam oleh mereka, nampaknya Take-Two Interactive betul-betul menjaga syarikat di bawah pengurusan dengan serius. Apapun, semoga tiada kes seperti ini berlaku lagi dan harapnya pembangunan game GTA 6 berjalan dengan lancar oleh Rockstar Games.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai GTA, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gta 6rockstar gamestake-two interactive
Previous Post

Konsol PS5 Baru Mungkin Hadir Dengan Pemacu Cakera Yang Boleh Ditanggalkan!

Next Post

Hunter X Hunter Akan Kembali Dengan Jilid Manga Terbaru November Ini di Jepun!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Hunter X Hunter Akan Kembali Dengan Jilid Manga Terbaru November Ini di Jepun!

Hunter X Hunter Akan Kembali Dengan Jilid Manga Terbaru November Ini di Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd