Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Rockstar bekerjasama dengan pencipta server GTA Roleplay, mungkin bantu dalam GTA 6!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2023
in Action, Artikel, Berita, Open World, RPG
0 0
0
Rockstar bekerjasama dengan pencipta server GTA Roleplay, mungkin bantu dalam GTA 6!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Rockstar mengumumkan bahawa Cfx.re — pasukan modding di sebalik server dan komuniti roleplay Grand Theft Auto (GTA) terbesar di dunia, FiveM dan RedM — kini secara rasmi menjadi sebahagian daripada Rockstar Games.

Bagi mereka yang kurang tahu, kedua-dua FiveM dan RedM ialah hos penting untuk sejumlah server GTA RP besar di mana beribu-ribu pemain masih bermain di server tersebut dan sehingga sekarang tanpa jemu kerana kemas kini pada kandungan buatan sendiri.

Today, we are proud to announce that https://t.co/RIDVpeoqCS — the team behind the biggest Rockstar roleplay and creator communities, FiveM and RedM — are now officially a part of Rockstar Games: https://t.co/PqVyvdsjIX pic.twitter.com/gd3ETq9iwx

— Rockstar Games (@RockstarGames) August 11, 2023

Bak kata Rockstar Games;

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah menonton dengan penuh teruja apabila komuniti kreatif Rockstar menemui cara baharu untuk mengembangkan Grand Theft Auto V dan Red Dead Redemption 2, terutamanya melalui penciptaan server roleplay khusus.“

“Sebagai cara untuk terus menyokong usaha tersebut, baru-baru ini kami telah mengembangkan polisi tentang mod untuk menyertakannya secara rasmi yang dibuat oleh komuniti kreatif roleplay.“

“Dengan bekerjasama dengan pasukan Cfx.re, kami akan membantu mereka mencari cara baharu untuk menyokong komuniti luar biasa ini dan meningkatkan perkhidmatan yang mereka sediakan kepada pembangun dan pemain.“

“Kami berharap untuk berkongsi lebih banyak [maklumat] lagi dalam minggu dan bulan akan datang.“

Berita ini datang sebelum pelancaran GTA 6, dan dikhabarkan akan mempunyai ciri online roleplay sendiri.

Pasukan Cfx.re tidak memberi info lanjut tentang rancangan mereka dan hanya memberitahu peminat:

Today we are extremely excited to announce that the https://t.co/bCi7twSjM3 team is now officially part of Rockstar Games! Read more on our forums: https://t.co/Pmrjq1HUDN

— Cfx.re/FiveM (@FiveM) August 11, 2023

“Ini merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam pertumbuhan komuniti kami dan peluang untuk bekerjasama dengan Rockstar Games untuk memajukan platform FiveM dan komuniti kreatif di sekelilingnya.“

“Walaupun operasi harian kami tidak akan mengalami sebarang perubahan ketara, dengan sokongan Rockstar, kami akan terus menambah baik platform dan kami benar-benar teruja dengan [pembaharuan] ini untuk pengguna, komuniti dan pencipta kami!“

“Dan bagi mereka yang ingin tahu tentang apa lagi yang sedang diusahakan oleh Rockstar, sila faham bahawa kerjasama kami dengan Rockstar Games tertumpu pada platform FiveM dan RedM. Jadi tolong, jangan tanya kami tentang GTA seterusnya!“


Rockstar mengesahkan bahawa GTA 6 sedang dalam pembangunan aktif pada tahun lepas, tetapi selepas itu, mendiamkan diri tentang perkembangan semasa. Malangnya, sebuah kebocoran besar-besaran telah berlaku pada hujung tahun lalu dan menunjukkan bahagian-bahagian gameplay yang tidak lengkap. Anda boleh baca tentang berita ini di SINI.

Buat masa ini, GTA 6 tidak mempunyai tarikh pelepasan rasmi tetapi dijangka akan dilancarkan sama ada pada tahun fiskal 2025 atau 2026.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gta 6GTA Roleplayrockstar
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Blue Beetle Sudah Tersedia di GSC & TGV Cinemas! Tayangan bermula pada 16 Ogos 2023!

Next Post

Game Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin Diumumkan! Bakal Lancar di PS5, Xbox Series & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Game Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin Diumumkan! Bakal Lancar di PS5, Xbox Series & PC!

Game Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin Diumumkan! Bakal Lancar di PS5, Xbox Series & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd