Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RoboCop: Rogue City pamerkan gameplay FPS, akan keluar Jun 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2022
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Shooter, Xbox Series X|S
0 0
0
RoboCop: Rogue City pamerkan gameplay FPS, akan keluar Jun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Dibuat berdasarkan filem original pada era 80-90an, RoboCop: Rogue City akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada bulan Jun 2023. Sempena itu, Nacon dan pemaju Teyon telah mengeluarkan trailer gameplay baru yang mempamerkan aksi FPS dalam RoboCop: Rogue City.

Korang boleh menonton video di bawah untuk gameplay:

Nama pun watak utama – kita sebagai pemain akan mengawal RoboCop ketika dia menghadapi penjahat dalam ‘versi bandar Detroit futuristik’ yang penuh dengan jenayah. Berbekalkan pistol ikonik Auto-9, kekuatan seorang mesin robotik, pengalaman bertahun-tahun sebagai polis dan pelbagai alat canggih, RoboCop harus melawan organisasi jahat tersebut sebelum mereka memusnahkan bandar.

Buat masa ini, kita tidak tahu jika game ini mempunyai jalan cerita yang konkrit atau dibuat untuk genre multiplayer, tetapi lebih banyak info pasti akan diumumkan dalam masa terdekat. Satu fakta menarik yang korang patut tahu adalah pelakon Peter Weller akan memainkan semula peranannya sebagai RoboCop dalam game ini. Bagi sesiapa yang tidak tahu, Weller merupakan pelakon RoboCop bagi kedua-dua filem pertama dan kedua.

RoboCop: Rogue City akan dikeluarkan pada platform next-gen, termasuk PC, PS5 dan Xbox Series X/S, serta Nintendo Switch pada Jun 2023.

Latar belakang francais:

RoboCop ialah francais fission sains, aksi, superhero, cyberpunk yang menampilkan Alex Murphy, seorang pegawai polis Detroit, Michigan , yang cedera parah semasa menjalankan tugas dan terpaksa berubah menjadi cyborg yang kuat, bernama Robocop, atas arahan sebuah syarikat mega, Omni Consumer Products. Selepas ditukar ke mesin, Murphy memerangi jenayah di bandar sambil menentang komplot gelap oleh OCP.

Untuk segala liputan kami tentang game, anime, dan teknologi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameplayRoboCopRoboCop: Rogue CityShooter
Previous Post

LOTR: Gollum dedahkan trailer baru memaparkan “stealth” gameplay serta dunia Middle-earth!

Next Post

Killing Floor 2 kini PERCUMA di Epic Games Store – Claim sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Killing Floor 2 kini PERCUMA di Epic Games Store – Claim sekarang!

Killing Floor 2 kini PERCUMA di Epic Games Store - Claim sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd