SEGA secara rasmi memperkenalkan semula Stranger Than Heaven, IP baharu yang sangat dinanti-nantikan dari Ryu Ga Gotoku Studio, semasa siaran langsung Summer Game Fest 2025.
Sebelum ini dikenali dengan nama kod Project Century, game aksi-pengembaraan ini merupakan langkah baru bagi studio yang terkenal dengan siri Yakuza, Like a Dragon, dan Virtua Fighter. Bersama pengumuman ini, SEGA turut menayangkan trailer teaser baharu yang memberikan gambaran pertama tentang dunia permainan yang penuh misteri.
Kali pertama diperkenalkan di The Game Awards 2024, Stranger Than Heaven berlatarkan Jepun dalam dua era berbeza—tahun 1915 dan 1943. Pemain akan dibawa ke dalam dunia open-world yang kelam dan diinspirasikan oleh gaya noir, menggabungkan combat kejam dengan elemen penyiasatan ala detektif.
Kisah ini berfokus pada Mako Daito, seorang protagonis Jepun bermata biru, yang perjalanannya disampaikan dari perspektif third person—dengan gaya gameplay aksi yang mengingatkan pada siri Like a Dragon.
Pemain akan membuat pilihan penting, seperti sama ada untuk menumpaskan atau membunuh lawan, menambah lapisan moral kepada gameplay.
Trailer teaser terbaharu ini membina dari trailer pengumuman asal, memperlihatkan lagi gaya sinematik dan suasana sejarah game ini. Walaupun tiada tarikh keluaran atau platform diumumkan setakat ini, peminat sudah pun menaruh harapan tinggi terhadap projek terkini daripada Ryu Ga Gotoku Studio.
Untuk maklumat lanjut mengenai Stranger Than Heaven, layari SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post