Umamusume: Pretty Derby, game mobile terkenal dari Cygames, telah mencipta nama di kalangan pencinta anime dan game. Kini, dengan pelancaran Umamusume: Pretty Derby – Party Dash, game ini membawa sesuatu yang baru dan menarik kepada para peminat.
Umamusume: Pretty Derby Party Dash adalah game spin-off dari francais yang menggabungkan elemen permainan sosial dan parti.
Dalam game ini, pemain bukan sahaja dapat meneruskan perjalanan mereka sebagai pengurus kepada umamusume (wanita berbentuk kuda yang menjadi idol), tetapi juga berpeluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti sosial dan acara khusus yang meriah.
Kami mendapatkan kesempatan untuk reviu tentang Umamusume: Pretty Derby – Party Dash. Adakah game ini cukup menarik dan seronok berbanding adaptasi game mobile? Teruskan membaca untuk tahu lebih lanjut!
Cerita Seronok, Khas Untuk Peminat

Cerita Umamusume: Pretty Derby – Party Dash berkisar tentang pertandingan yang dikenali sebagai Slapdash Grand Prix, sebuah kejohanan yang mempertemukan empat pasukan. Pasukan-pasukan tersebut—Cosmos, Freesia, Rose, dan Lily—masing-masing mempunyai keperibadian, motivasi, dan naratif yang berbeza.
Story Mode disajikan dalam format novel visual, di mana pemain dapat menyelami latar belakang, persaingan, dan interaksi antara gadis-gadis kuda semasa mereka bersaing dalam pelbagai mini-game.

Kempen setiap pasukan dalam story mode meneroka dinamik mereka, dengan dialog yang sering menonjolkan sifat unik dan kompetitif para watak. Naratifnya ringan dan lucu, menarik terutama bagi penggemar yang sudah biasa dengan watak dan ceritanya.
Penceritaannya terjalin dalam pelbagai mini-game yang berbeza, mencipta alur cerita yang koheren tetapi sederhana yang mengikat pelbagai peristiwa menjadi satu.

Sebagai contoh, pemain boleh mempelajari tentang persaingan antara watak tertentu atau siapa yang dianggap sebagai calon terbaik untuk pertandingan makan yang kompetitif. Konteks ini menambah cita rasa pada mini-game yang sebenarnya sangat mudah, menjadikannya lebih menarik bagi mereka yang sudah terjun ke dunia Uma Musume.
Namun, bagi mereka yang tidak biasa dengan francais ini, ceritanya mungkin terasa membingungkan atau terlalu asing, kerana sangat bergantung pada lore dan hubungan watak yang sudah difahami.
Gaya novel visualnya, meskipun menarik, mungkin juga sedikit niche, hanya menarik bagi peminat yang menyukai naratif yang didorong oleh watak yang sudah dikenal.
Gameplay Mini-Game
Gameplay Umamusume: Pretty Derby – Party Dash direka supaya ‘simple’ dan mudah, dengan fokus pada mini-game parti yang seronok. Mini-game ini mempunyai mekanisme dan tujuan tersendiri yang unik, menjadikannya gabungan antara game yang kompetitif dan santai. Berikut adalah butiran lanjut:
Blazing Baskets: Mode ini adalah permainan basket free-for-all. Para pemain berlumba untuk mendapatkan sejumlah mata dengan memasukkan bola ke dalam gelung. Keseronokannya terletak pada tenaga super, tumpuan gelung, dan pelbagai halangan yang boleh mengubah rentak permainan.

Dodgeball Demolition: Dalam mode ini, pemain terlibat dalam permainan dodgeball bergaya battle royale. Tujuannya adalah untuk menyingkir pemain lain dengan memukul mereka dengan bola. Keseronokannya terletak pada lemparan super atau bola SSR yang direbutkan untuk mata lebih.

Hurtling Hurdles: Mini-game perlumbaan di mana pemain mengawal watak yang berlari di litar. Tujuannya adalah untuk mengelak daripada halangan, mengumpulkan item, dan mengaktifkan boost untuk mendahului pihak lawan. Semakin banyak mata yang diperoleh, semakin tinggi peluang untuk menang.

Gourmet Gauntlet: Dalam mode ini, pemain menyertai kontes makan. Pasukan terdiri daripada tukang makan dan pelayan. Pelayan perlu dengan cepat menghantar pinggan makanan berwarna kepada pemakan, dengan mencipta combo seperti memberikan warna pinggan yang sama.

Bagi saya, setiap mini-game terlalu mudah untuk dikalahkan. Pada mulanya saya fikir ia hanya mudah di awal, tetapi setiap bab ternyata sangat mudah. Hal ini sangat berbeza dengan versi game mobile yang cukup mencabar. Jika saya seorang peminat, saya tidak suka perubahan itu. Seharusnya mereka memberikan pilihan yang lebih sukar. Jika melihat jalan ceritanya, seharusnya mereka konsisten untuk memberikan yang terbaik untuk para peminat, bukan pendatang baru.
Multiplayer

Game ini menyokong mode mutliplayer secara local dan online, yang membolehkan sehingga empat pemain bersaing dalam pelbagai mini-game. Pemain boleh memilih untuk bermain satu sesi penuh Slapdash Grand Prix atau hanya fokus pada satu mini-game. Namun, kami mengalami masalah dengan matchmaking dan tidak dapat mencuba fitur ini.
Clubhouse

Pemain juga boleh berinteraksi dengan clubhouse, sebuah fitur seperti asrama untuk menempatkan gadis-gadis kuda dan menghias bilik dengan pelbagai item. Item boleh dibeli di kedai dengan mata wang yang dikumpulkan dalam mode utama. Walaupun mode ini tidak memberikan impak yang signifikan terhadap gameplay, ia menawarkan keseronokan bagi pemain yang suka mengubahsuai penampilan.
Anehnya, Ada Roguelike

Golshi’s Grand Adventure 2 adalah fitur “penyelamat” dalam Umamusume: Pretty Derby – Party Dash yang telah menarik perhatian kerana menjadi salah satu aspek paling seronok dari game ini. Roguelike ini menawarkan gaya permainan yang berbeza berbanding dengan mini-game utama, memberikan pengalaman yang segar dan mencabar.
Golshi’s Grand Adventure 2 tidak tersedia sejak awal; ia perlu dibuka dengan membeli konsol game di clubhouse. Cara untuk membukanya sangat mudah, hanya perlu memainkan satu atau dua bab, dan pemain sudah boleh membelinya dari kedai.

Pemain mengendalikan Gold Ship dalam format auto-runner. Mod ini direka sebagai platformer side-scrolling, di mana watak secara automatik bergerak maju, dan tugas utama pemain adalah melompat, menyerang (auto), serta mengelak halangan dan musuh yang muncul.
Tujuannya adalah untuk bertahan selama mungkin sambil terus maju melalui level dan meningkatkan power-up, yang menambah elemen roguelike ke dalam game.

Bagi saya, seperti yang disebutkan di atas, ini adalah fitur “penyelamat”. Maksud saya, ini menawarkan pengalaman berbeza yang memuaskan dari inti game ini dan memberikan tahap kedalaman, cabaran, dan kebolehan replayability yang tidak dimiliki oleh beberapa mini-game.
Ini juga lebih memuaskan bagi mereka yang meluangkan masa untuk menguasainya.
Pendapat

Umamusume: Pretty Derby – Party Dash cukup baik, tetapi jauh dari sempurna, ada momen yang seronok dari segi jalan cerita untuk dinikmati oleh para peminat. Gabungan antara mini-game, story mode, dan roguelike memberikan pelbagai jenis keseronokan.
Namun, kekurangan kandungan dan cabaran, serta bergantung pada pengetahuan sedia ada tentang francais ini, membataskan daya tarikannya yang lebih luas.
Namun, jika anda adalah peminat setia Uma Musume, saya rasa anda akan sangat menyukai game ini. Kerana ia menawarkan sesuatu yang berbeza berbanding dengan game mobile. Sama ada dari segi jalan cerita atau game mode baru untuk menikmati waifu kuda kegemaran.
Bagi mereka yang berminat, Umamusume: Pretty Derby – Party Dash kini tersedia untuk PS4, Nintendo Switch, dan PC. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
The Review
Umamusume: Pretty Derby Party Dash
Umamusume: Pretty Derby – Party Dash cukup baik, tetapi jauh dari sempurna, ada momen yang seronok dari segi jalan cerita untuk dinikmati oleh para peminat. Gabungan antara mini-game, story mode, dan roguelike memberikan pelbagai jenis keseronokan. Namun, kekurangan kandungan dan cabaran, serta bergantung pada pengetahuan sedia ada tentang francais ini, membataskan daya tarikannya yang lebih luas.
PROS
- Jalan cerita mempunyai lakonan suara penuh
- Seni piksel yang cantik
- Tambahan roguelike yang menyeronokkan
CONS
- Jalan cerita terlalu niche
- Mini-game kurang mencabar
- Jumlah kandungan terasa kurang
Discussion about this post