Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Predator Triton Neo 16 – Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Review, Review Produk, Teknologi
0 0
0
Reviu Predator Triton Neo 16 – Campuran Prestasi, Cekap & Kuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada bulan lepas, Predator Triton Neo 16 merupakan laptop gaming berkuasa besar yang dilengkapi dengan pemproses Intel Core terkini, GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 4070 dan paparan Calman Verified dengan liputan gamut warna 100% DCI-P3.

Dengan semua ciri ini, peranti tersebut nampak sesuai untuk sebarang urusan gaming yang mencabar dan aplikasi kreatif secara on-the-go. Malah, faktor bentuk 16″ mengimbangi antara kemudahalihan dan prestasi, sesuai untuk pencipta kandungan dan profesional yang mencari laptop serba boleh untuk kerja dan gaming.

Kebetulan, kami berpeluang untuk reviu Predator Triton Neo 16 (PTN16-51-91BP), jadi adakah ia bagus seperti yang didakwakan? Teruskan baca reviu ini!

Reka Bentuk

Pertama sekali saya lihat, Predator Triton Neo 16 mempunyai casis berwarna perak yang anggun dengan kemasan matte yang direka untuk meminimumkan cap jari dan comot. Acer telah mengecilkan logo Predator yang dahulunya besar di tengah-tengah penutup skrin, lalu memposisikannya semula di ruang atas untuk penampilan lebih ‘simple’ dan minimalis, lantas kurang dikenali sebagai laptop gaming.

Laptop 16″ ini pun agak ringan dan nipis dengan berat hanya 2.05 kg dan ketebalan 18.82 mm, di mana pengguna boleh membuka penutup dengan mudah memakai sebelah tangan.

Untuk memenuhi keperluan sambungan yang pelbagai di era moden, Predator Triton Neo 16 menawarkan pelbagai pilihan port I/O. Ini termasuk 3x port USB 3.0/3.1 Gen1, 1x port Thunderbolt, 1x port HDMI, 1x bicu audio 3.5mm, 1x pembaca kad mikroSD dan 1x pembaca cap jari. Kepelbagaian ini menawarkan pengguna dengan pilihan sambungan yang meluas, untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Keyboard dan Touchpad

Kredit: Digital Braves

Predator Triton Neo 16 dilengkapi dengan keyboard bersaiz penuh tetapi tidak mempunyai numpad berasingan. Keyboard pula mempunyai lampu backlight RGB tiga zon, yang pasti lebih menonjol berbanding lampu RGB satu zon yang biasanya dijumpai dalam laptop gaming standard.

Ke bahagian Touchpad pula, ia dilengkapi dengan pembaca cap jari di sisi kiri atas untuk login biometrik secara Windows Hello. Pertama sekali memakai, saya anggap sensornya cukup responsif dan mudah untuk digunakan.

Kredit: Digital Braves

Demi kemudahan tambahan, terdapat butang suis untuk bertukar-tukar antara mode prestasi yang berbeza di atas keyboard, tetapi paling penting sekali adalah butang quick launch Predator Sense, yang membolehkan kita mengakses status sistem dengan cepat, mengubahsuai kesan pencahayaan RGB, dan juga melakukan overclocking dengan hanya satu klik. User interface amat mesra pengguna, dan menawarkan kawalan menyeluruh ke peranti.

Sebagai PC dipacu AI, butang Copilot juga diwujudkan di sudut kanan bawah, yang membolehkan penggunaan ciri AI.

Paparan

Kredit: Digital Braves

Predator Triton Neo 16 memiliki paparan 16″ beresolusi 3.2K yang diperakui Calman, refresh rate tinggi 165Hz, aspek ratio 16:10 dan liputan gamut warna 100% DCI-P3. Daripada spec itu sahaja, saya cukup kagum dengar.

Skrin memberikan warna yang lebih kaya dan butiran lebih halus, yang apabila digabungkan dengan ciri lain yang disebutkan tadi, memberikan pengalaman visual yang sangat cemerlang untuk game, penyuntingan video dan kerja harian.

Kredit: Digital Braves

Urusan kreatif tidak lagi susah kerana ‘Calman Colour Calibration’ memastikan ketepatan dan ketekalan warna, manakala nisbah skrin-ke-badan baharu menawarkan perspektif tontonan lebih luas dan pengalaman tontonan lebih baik, yang amat bermanfaat untuk para gamer.

Bateri dan Solusi Penyejukan 

Kredit: Digital Braves

Predator Triton Neo 16 dikuasakan oleh bateri 76Wh, yang sepatutnya menawarkan ketahanan yang tahan lama. Tetapi memandangkan perkakasan berprestasi tinggi, sudah tentu bateri akan habis dengan cepat.

Satu lagi hal penting ialah solusi penyejukan perlu berkesan kerana takut isu kepanasan melampau pada produk. Nasib baiklah, Triton Neo 16 cemerlang dalam aspek ini, dengan dua ruang ventilasi di bahagian bawah.

Kredit: Digital Braves

Sistem Acer menampilkan dua kipas logam AeroBlade 3D Gen 5, pes ‘liquid thermal metal’ dan paip haba vektor, untuk memastikan penyejukan yang cekap walaupun semasa tugasan intensif. Ini mengekalkan suhu permukaan yang selesa semasa digunakan dalam tempoh berlanjutan, untuk keyboard dan tempat letak tangan.

Ini mengelakkan isu terlalu panas yang boleh menjejaskan pengalaman pengguna.

Prestasi dan Ujian Gaming

Predator Triton Neo 16 dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 9 185H terkini, dipadankan dengan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, yang memaksimumkan kuasa pada 255W. Selain itu, ia mempunyai 32GB RAM DDR5 dan storan SSD PCIe NVMe Gen 4 sehingga 1TB, untuk menyediakan ruang yang mencukupi.

Selain gaming, Predator Triton Neo 16 dipasarkan sebagai produk yang bagus untuk tugasan berat seperti penjanaan grafik AI, pemodelan 3D dan rendering. Kami cuba melihat jika itu benar atau tidak.

Dalam ujian 3DMARK, ia mencapai skor keseluruhan 3,685, dengan skor puncak 6,039 dan skor purata 5,643. Untuk beban grafik, ia mendapat skor 3,664, manakala ujian CPU mencatat skor 3,813, mempamerkan keupayaan pemprosesan grafik yang kukuh dan aplikasi berbilang tugas intensif.

Kredit: Digital Braves

Dalam ujian PCMARK 10, laptop ini mencatat skor 4,798, dengan mudah mengendalikan kebanyakan tugas penciptaan kandungan dan multitasking.

Kredit: Digital Braves

Dalam ujian multi-core Cinebench R23, laptop mendapat skor 13,332, dan ujian single-core, ia mendapat skor sebanyak 1,271.

Kredit: Digital Braves

Tiga game telah diuji pada Predator Triton Neo 16 iaitu Elden Ring, Zenless Zone Zero dan Apex Legends. Seperti yang dijangka, hasil keputusan cukup handal – lagi-lagi pada tetapan grafik Medium, untuk memberikan pengalaman yang lancar dan stabil sepanjang masa.

Dalam Elden Ring, refresh rate kekal antara 40-50 FPS semasa adegan pertempuran sengit dan penerokaan yang kompleks, untuk memastikan semuanya responsif memandangkan game ini memerlukan refleks yang tangas.

Zenless Zone Zero pun tidak menghadapi masalah dan dapat beraksi dengan sangat lancar pada tetapan Medium, tidak kira di dalam pertempuran sengit atau semasa melakukan aktiviti lain. Apex Legends mengekalkan refresh rate tinggi 100-110 FPS pada tetapan Medium, memastikan operasi yang tepat dan respon sentiasa pantas semasa menyasar musuh.

Pendapat

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan, Acer Predator Triton Neo 16 ialah laptop gaming mewah yang menggabungkan nilai-nilai “prestasi, cekap, dan kuasa” dalam faktor mudah alih. Reka bentuk pun sangat minimalis, dengan konfigurasi yang solid, paparan yang sangat cantik dan prestasi gaming yang mengagumkan – lalu menjadikannya pilihan yang ideal untuk para gamer dan profesional kreatif.

Pendek kata, saya amat mengesyorkan Triton Neo 16 jika anda sedang mencari peranti yang boleh memenuhi keperluan gaming anda yang berat atau peranti yang mampu mengendalikan pelbagai tugasan berintensiti tinggi. Ternyata, produk ini ialah pilihan yang bagus jika anda memerlukan mesin yang boleh dipercayai.

Bagi mereka yang berminat, Predator Triton Neo 16 tersedia sekarang di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada dan pengedar sah Acer di seluruh Malaysia pada harga RM9,999.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Predator Triton Neo 16reviu
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Predator Helios Neo 14 – Gaming Tapi Masih Mudah Alih!

Next Post

Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!

Honor of Kings Invitational Midseason 2024 Bermula Hari Ini! Jom Sokong Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd