Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu Horizon Zero Dawn Remastered – Melawan Mesin Dinosaur Kini Lagi Seronok!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, Open World, PC, PS5, Remastered, Review, Steam
0 0
0
Reviu Horizon Zero Dawn Remastered – Melawan Mesin Dinosaur Kini Lagi Seronok!
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Horizon Zero Dawn dilancarkan pada tahun 2017, ia merevolusi genre RPG aksi-pengembaraan dengan dunia terbuka yang memukau, jalan cerita yang hebat, dan mekanik pertempuran yang unik. Kini, Horizon Zero Dawn kembali dalam versi “Remastered” untuk PlayStation 5 dan PC.

Dengan visual yang dipertingkatkan, prestasi lebih lancar, dan pengalaman gameplay lebih mengasyikkan, pengembaraan epik Aloy di dunia mesin purba dan rahsia tersembunyi terasa lebih hidup dari sebelumnya.

Tetapi, adakah versi remaster ini benar-benar meningkatkan pengalaman asal, atau sekadar memberi lapisan imej baharu? Jom kita lihat.

Dahulu Memang Cantik, Sekarang Lagi Cantik

Salah satu kelebihan utama Horizon Zero Dawn Remastered adalah lonjakan grafik yang luar biasa. Walaupun versi asal sudah menakjubkan di PlayStation 4, edisi remaster ini memanfaatkan sepenuhnya kuasa PS5, mempersembahkan dunia Horizon dengan lebih indah.

Sama ada anda memilih mod Performance atau mod Visual, game ini berjalan pada resolusi 4K, memaparkan butiran yang paling halus, daripada hutan hijau yang subur hingga mesin gergasi yang mengancam.

Kredit: PlayStation

Model watak kini jauh lebih terperinci, terutamanya apabila dilihat dari jarak dekat. Rambut merah Aloy lebih realistik di bawah sinaran matahari, dan ekspresi wajahnya menyampaikan emosi yang lebih pelbagai. Malah titisan hujan yang mengalir di wajahnya sangat jelas, menambahkan elemen yang realistik.

Kredit: PlayStation

Kesan pencahayaan dan persekitaran juga menerima pembaharuan besar. Tekstur kini lebih tajam dan terperinci, menjadikan eksplorasi ke lokasi seperti runtuhan kota purba atau hutan lebat lebih mempesonakan. Air jernih memantulkan refleksi, sementara langit malam menampilkan bintang dan bulan yang lebih terang dan tajam—tidak lagi kabur seperti versi PS4.

Kredit: PlayStation

Selain itu, draw distance telah diluaskan secara signifikan. Kini, pemain dapat melihat dengan lebih jelas sehingga jarak paling jauh sekali, menjadikan dunia ini terasa lebih luas. Persekitaran juga kelihatan lebih padat dan hidup, dipenuhi dengan tumbuhan, haiwan, dan objek kecil memenuhi ruang, lantas yang memberikan suasana dunia yang benar-benar organik.

Kredit: PlayStation

Namun, kelebihan Horizon Zero Dawn bukan hanya pada grafiknya. Arah seni yang unik—dunia pasca-apokalips di mana alam semula jadi mengambil alih bersama ancaman mesin kolosal—masih kekal sebagai salah satu latar paling ikonik dan tidak terlupakan dalam sejarah gaming moden.

Prestasi Kurang Memuaskan

Kredit: PlayStation

Secara jujurnya, salah satu kelemahan utama yang saya alami ialah isu kestabilan dalam Resolution Mode. Terdapat sedikit stutter ketika memasuki kawasan tertentu atau lokasi yang sibuk, dan masalah ini turut berlaku pada PS5 Pro. Sebagai sebuah versi remaster dari game yang sudah mantap, harapan untuk kestabilan yang lebih baik seharusnya lebih tinggi.

Kredit: PlayStation

Namun, peningkatan terbesar dalam versi remaster ini ialah load time yang jauh lebih pantas. Dengan SSD ultra-cepat pada PS5, anda boleh berpindah antara kawasan, menggunakan fast travel, atau memulakan semula game dengan cepat.

Tidak perlu lagi membuang masa menunggu skrin loading. Ini adalah kelebihan besar untuk Horizon Zero Dawn, di mana daya tarikannya terletak pada eksplorasi dan keasyikan dunia.

Seperti Kita Yang Memegang Anak Panah

Kredit: PlayStation

Pengalaman bermain menggunakan DualSense benar-benar terasa berbeza dengan tambahan maklum balas haptik dan adaptive trigger yang canggih. Sebagai contoh, rintangan pada butang pencetus (trigger) berubah mengikut senjata yang digunakan.

Apabila menggunakan busur dan anak panah, anda dapat merasakan ketegangan tali busur, menambahkan elemen fizikal yang unik ke dalam game.

Kredit: PlayStation

Maklum balas haptik juga memberikan pengalaman yang lebih realistik, seperti merasakan hentakan anak panah pada sasaran atau gegaran dari mesin yang berada berhampiran. Ciri-ciri ini menjadikan pertempuran terasa lebih intens dan immersive, membawa anda lebih dekat kepada aksi di dunia Aloy yang penuh cabaran.

Penambahbaikan QoL

Kredit: PlayStation

Versi remaster ini bukan sahaja menawarkan peningkatan visual dan prestasi, tetapi turut memperkenalkan ciri-ciri baru yang menjadikan pengalaman bermain lebih mesra pengguna.

Kini, ada tahap kesukaran tambahan, pilihan untuk menyesuaikan HUD, dan ciri kebolehcapaian yang membolehkan pemain mengubah kawalan serta tetapan mengikut keperluan mereka.

Kredit: PlayStation

Satu penambahan menarik ialah keupayaan untuk mengimport save data dari versi original. Game ini dapat mengenali pemain yang pernah bermain di konsol atau PC sebelumnya, membolehkan save data dipindahkan ke versi remaster.

Jadi, jika anda belum menyelesaikan cerita asal, anda boleh menyambung pengembaraan tanpa perlu bermula dari awal.

Pendapat

Horizon Zero Dawn Remastered menunjukkan bagaimana teknologi terkini boleh mengangkat sebuah game ke tahap yang lebih tinggi. Dengan visual yang memukau, masa loading yang pantas, dan pengalaman bermain yang lebih lancar, ia menjadikan game yang sudah hebat ini bertambah baik.

Sama ada anda pemain baru yang ingin merasai pengembaraan Aloy buat pertama kali atau pemain lama yang ingin kembali ke dunia Horizon, versi ini menawarkan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Kredit: PlayStation

Dunia Horizon Zero Dawn masih kekal sebagai salah satu dunia permainan video yang paling memukau mata. Versi remaster ini bukan sahaja mengekalkan keindahannya tetapi menjadikannya lebih bersinar.

Ini adalah satu game wajib bagi peminat aksi-pengembaraan dan open-world, membuktikan bahawa remaster boleh mencapai tahap cemerlang apabila asas game original sudah cukup kukuh.

Bagi mereka yang berminat, game ini kini tersedia untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam, dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Horizon Zero Dawn Remastered

9 Score

Horizon Zero Dawn Remastered menunjukkan bagaimana teknologi terkini boleh mengangkat sebuah game ke tahap yang lebih tinggi. Dengan visual yang memukau, masa loading yang pantas, dan pengalaman bermain yang lebih lancar, ia menjadikan game yang sudah hebat ini bertambah baik. Sama ada anda pemain baru yang ingin merasai pengembaraan Aloy buat pertama kali atau pemain lama yang ingin kembali ke dunia Horizon, versi ini menawarkan pengalaman yang lebih menyeronokkan.

PROS

  • Peningkatan visual yang hebat
  • Load time pantas dan pergerakan dunia yang lancar
  • Ciri QoL tambahan bagus dan pengalaman "immersive" bersama DualSense
  • Jalan cerita, pembangunan dunia, dan mekanik gameplay yang solid

CONS

  • Masalah prestasi, walaupun sedikit, masih ada

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Horizon Zero Dawn Remasteredreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Set MTG: Foundations – Magic Dari Seluruh Multiverse!

Next Post

Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition Akan Datang Ke Malaysia Pada Disember 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition Akan Datang Ke Malaysia Pada Disember 2024!

Kamen Rider 50th Anniversary Exhibition Akan Datang Ke Malaysia Pada Disember 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd