Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Ultra Kaiju Monster Rancher – Bela Kaiju ikonik dari siri Ultraman!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 25, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Genre, Nintendo Switch, Platform, Review, Simulator
0 0
0
Review Ultra Kaiju Monster Rancher – Bela Kaiju ikonik dari siri Ultraman!
Share on FacebookShare on Twitter

Ultra Kaiju Monster Rancher daripada Bandai Namco ialah game terbaru daripada pembangun Koei Tecmo Games. Game ini merupakan kolaborasi di antara siri Ultraman dan Monster Rancher. Dengan menggunakan Kaiju sebagai fokus utama game ini, ia menampilkan beberapa raksasa ikonik seperti Alien Baltan, Zetton, Gomora dan banyak lagi.

Di sini, saya akan kongi pendapat jujur dalam review Ultra Kaiju Monster Rancher!

Story

Disebabkan kerana saiz Kaiju yang besar serta sikapnya yang ganas, penduduk Pulau Latour telah menderita dengan keganasan raksasa-raksasa tersebut. Pada suatu hari, mereka telah diselamatkan oleh Ultraman yang muncul dan seal semua Kaiju ke dalam Disc Stone untuk menghentikannya daripada memusnahkan pulau itu. Para penduduk pulau menggelar Ultrama sebagai Giant of Light.

Setelah sekian lama, Disc Stone berjaya ditemui semula pada suatu hari dan Kaiju yang berada di dalam batu tersebut telah dikeluarkan. Namun, Kaiju tersebut dapat dilatih dan dijinakkan oleh pelatih Kaiju supaya dapat hidup dengan aman bersama penghuni pulau.

Anda akan bermain sebagai salah seorang pelatih Kaiju yang merupakan graduan daripada Monster Breeder Academy. Dengan bantuan daripada Holly, salah seorang watak daripada siri Monster Rancher, bersama Kanezo yang berperanan sebagai pembantu di ladang Kaiju, anda akan menjadi pelatih Kaiju terhebat dan membesarkan Kaiju terkuat!

Gameplay

Ultra Kaiju Monster Rancher ialah game simulasi di mana saya membesarkan Kaiju yang keluar daripada Disc Stone. Saya mempunyai tiga cara untuk mendapatkannya iaitu yang pertama dengan ,emggunakan Memory Board atau apa sahaja peranti yang menyokong sistem NFC. Kaedah kedua pula ialah dengan menggunakan kata kunci dan subkata kunci, namun Kaiju yang saya dapat tidak setepat dengan kata kunci yang ditaip. Pilihan terakhir untuk mendapatkan Kaiju ialah dengan menggunakan kod yang disediakan dalam kotak game ini kerana prapesan game ini.

Selepas mendapat Kaiju, anda akan kembali ke ladang untuk menjaga mereka. Di sini, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti melatih, memberi makan, berinteraksi atau memberi waktu rehat kepada Kaiju. Walau bagaimanapun, saya tidak boleh membela Kaiju selama-lamanya kerana mereka akan bersara selepas tiga atau empat tahun dan berhenti daripada berlawan. Tetapi, jika anda tidak mahu melepaskan mereka, anda boleh menggabungkan Kaiju anda dengan Kaiju yang lain.

Anda mempunyai pembantu di ladang di mana dia memahami apa yang Kaiju anda mahu serta membantu menguruskannya. Kaiju mempunyai beberapa pecahan statistik iaitu Life, Power, Inteeligence, Skill, Speed dan Defense, kesemua statistik ini boleh ditingkatkan mengikut kesukaan anda. Jika anda tidak tahu statistik mana yang patut anda fokus, saya mengesyorkan anda untuk mengagihkan secara sama rata.

Melatih Kaiju

Dalam Ultra Kaiju Monster Rancher, anda boleh melatih Kaiju dengan menghantar mereka untuk melakukan latihan atau “Drill” di sekitar Latour. Latihan ini mempunyai tugasan seperti membuang pokok yang jatuh di tengah jalan atau memasak dan banyak lagi. Lebih banyak anda melatih Kaiju di kawasan tertentu, mereka akan tempat tersebut sebagai milik mereka.

Anda juga boleh membawa Kaiju untuk menyertai pertandingan dan jika anda memenangi pertandingan tersebut. Populariti Kaiju anda akan meningkat serta pangkat anda sebagai penternak Kaiju. Hal ini akan membolehkan anda untuk menyertai lebih banyak pertandingan yang lebih sukar. Pertandingan ini ialah salah satu ciri francais dan akan membantu anda memperoleh populariti.

Gameplay berlawan

Ketika berlawan, anda boleh menggerakkan Kaiju ke kiri atau kanan dengan menekan butang L/R pada joycon. Lebih banyak ruang anda peroleh, serangan Kaiju anda akan menjadi lebih kuat.

Tetapi pemain perlu berhati-hati kerana Kaiju boleh menjadi keliru apabila ingin melakukan serangan dan musuh anda juga boleh mengelak serangan tersebut. Selain itu, anda juga boleh menolak musuh dengan menekan butang B untuk mencipta ruang. Anda mungkin akan mengejutkan musuh anda dalam proses tersebut. Jadi, anda harus fokus ketika berlawan atau anda akan kalah.

Grafik

Bercakap tentang grafik, saya secara peribadi sangat suka dengan warna dan visual game ini. Ia adalah game yang menarik dan setiap Kaiju telah dimodelkan dengan bagus, khas untuk Ultra Kaiju Monster Rancher. Muziknya juga esuai kerana saya suka mendengar raungan dan tangisan Kaiju.

Walau bagaimanapun, saya perasan terdapat framedrop ketika saya bermain. Walaupun tidak kerap, tetapi ianya sangat jelas kerana ianya selalu berlaku ketika berlawan. Animasi Kaiju juga agak teruk, tetapi saya rasa mungkin kerana mereka mahu membuatnya seperti itu. Sesuai untuk Nintendo Switch, mungkin, jika mereka memutuskan untuk membangunkan pada platform seperti PS5 atau PC, kita mungkin boleh melihat model 3D Kaiju dan pergerakan yang lebih terperinci.

Kesimpulan

Sebagai peminat Ultraman, Ultra Kaiju Monster Rancher ialah game yang seronok di mana saya mendapat peluang untuk membesarkan Kaiju sendiri. Walaupun game ini memerlukan sedikit grinding, saya tetap menikmatinya kerana ia mengingatkan zaman kanak-kanak saya terhadap Kaiju dan Ultraman.

Saya juga berasa seronok ketika menaip secara random untuk meneka Kaiju apa yang saya akan dapat dengan menggunakan ciri Keywords. Walaupun mempunyai rupa yang pelik, mereka tetap nampak menarik untuk dibela.

Secara keseluruhan, saya suka dengan apa diberikan dalam game ini. Namun, saya pasti tak semua akan minat untuk bermain. Jika anda minat Ultraman atau apa-apa sahaja siri Tokusatsu, mungkin anda akan menikmati game ini.

Untuk baca banyak lagi review daripada kami, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Ultra Kaiju Monster Rancher

7 Score

Sebagai peminat Ultraman, Ultra Kaiju Monster Rancher ialah game yang seronok di mana saya mendapat peluang untuk membesarkan Kaiju sendiri. Walaupun game ini memerlukan sedikit grinding, saya tetap menikmatinya kerana ia mengingatkan zaman kanak-kanak saya terhadap Kaiju dan Ultraman.

PROS

  • Pelbagai jenis Kaiju.
  • Keseronokan ketika berlawan.
  • Grafik yang cantik dan bunyi yang sedap untuk didengar.

CONS

  • Boleh jadi repetitif.
  • Kadang-kadang framerate drop.

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: Game Reviewnintendo switchreviewUltra Kaiju Monster Rancher
Previous Post

Ejen Ali Musim 3 Bahagian 1 Recap! Ringkasan Padat Sebelum Tayangan Bahagian 2!

Next Post

Far Cry 6: Lost Between Worlds — Membawa Teras FC6 Ke Sebuah Pengembaraan Baru!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Far Cry 6: Lost Between Worlds — Membawa Teras FC6 Ke Sebuah Pengembaraan Baru!

Far Cry 6: Lost Between Worlds -- Membawa Teras FC6 Ke Sebuah Pengembaraan Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd