Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Triangle Strategy – Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!

Maira by Maira
March 16, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Triangle Strategy – Penentuan nasib kerajaan berada di tangan anda!
Share on FacebookShare on Twitter

Triangle Strategy telah dilepaskan pada 4 Mac yang lalu. Ia merupakan sebuah game strategi RPG dengan grafik HD2D sama seperti Octopath Traveler. Boleh dikatakan ianya sebuah game RPG yang best dimainkan, lebih-lebih lagi dengan isu politik zaman medieval yang boleh bersaing dengan Fire Emblem. Sistem pertempurannya juga menyeronokkan. Jadi, tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang hebat untuk entri terbaru oleh Square Enix.

Penceritaan yang mantap

Kisahnya berlaku di sebuah tempat bernama Norzelia yang mempunyai tiga kerajaan utama iaitu Glenbrook, Aefrost dan Hyzante. Tiga kerajaan itu ditakbir dengan sangat berbeza dari segi budaya dan sumber. Pada masa lalu, terdapat konflik besar yang berlaku antara ketiga-tiga kerajaan ini, di mana mereka berperang antara satu sama lain. Anda akan bermain sebagai Serenoa, waris tunggal keluarga Wolffort High House di Glenbrook. Dia baru-baru ini telah bertunang dengan Frederica dari Aestfrost dan dengan segelintir sekutunya yang kecil, dia akan menentukan nasib kerajaan itu.

Triangle Strategy

Game ini agak lama lebih-lebih lagi ia penuh dengan cutscene. Untuk beberapa bab pertama hampir tidak ada pertempuran yang berlaku dengan sebahagian besar masa anda dihabiskan menonton cutscenes dan meneroka bandar. Terdapat banyak jalan cerita yang pemain boleh pengaruhi dengan meyakinkan ahli parti anda untuk mengundi. Pecahan laluan cerita mungkin berbeza daripada dua kepada tiga dalam game.

Kebanyakan pilihan ini akan mempunyai akibat, ada juga watak yang mungkin keluar daripada parti, sesetengah watak mungkin mengehadkan anda untuk merekrut watak tertentu. Pilihan yang anda buat walaupun dalam pertempuran akan memberi kesan kepada cerita. Contohnya, anda membakar rumah awam untuk mendapatkan kemenangan yang mudah, rumah tersebut akan kekal begitu dalam permainan. Semasa meneroka bandar anda akan mendengar khabar angin dan dihalang daripada akses kawasan itu.

Pada bab tertentu, pemain dapat mempengaruhi cerita melalui undian. Di sini anda juga boleh menerokai bandar untuk mendengar khabar angin dan cerita yang membantu anda mempengaruhi undian tersebut. Dengan membuka pilihan yang banyak juga tidaklah membantu sangat dalam meyakinkan pengundi. Mereka ini mempunyai personaliti dan objektif tersendiri. Ambil Benedict sebagai contoh, dia adalah watak yang hanya boleh diyakinkan menggunakan fakta dan logik. Jika anda cuba mempengaruhinya dengan emosi, memang anda berkemungkinan besar gagal. Anda hanya perlukan tujuh undian sahaja dan amat jarang untuk anda mendapat undian seri. Ia hanya menjadi seri jika ada tiga pilihan untuk undian.

Saya rasa seperti pembangun membuat sistem undian ini terlampau senang kerana kebanyakan undian daripada kedua-dua pihak selalunya sama. Jadi, anda hanya perlu meyakinkan seseorang daripada pihak pembangkang. Kalau anda mengetahui kesemua dengan personaliti watak, memang mudah untuk anda berjaya. Kalau ia mencabar sedikit, bagi saya ia lebih menyeronokkan. Kalau pemain perlu meyakinkan empat watak, saya rasa ia akan mewujudkan situasi yang lebih mencabar dan lebih sukar.

Triangle Strategy

Sistem pertempuran yang ringkas

Sistem pertempuran Triangle Strategi adalah yang terbaik dan kebanyakkan bab menawarkan cabaran yang baik. Berbeza daripada game lain yang anda boleh meneroka dunia dan mempunyai free combat seperti FF Tactics, anda tidak akan terlebih level apabila bermain bab penceritaan. Mekanik game apabila anda dapat melakukan serangan pincer susulan adalah salah satu ciri teras dalam gameplay pertempuran. Sejujurnya, anda akan menggunakannya dengan banyak sekali. Spell dan skill akan menelan TP, tetapi setiap giliran watak ianya akan ditambah semula.

Triangle Strategy

Disebabkan game ini tidak mempunyai watak atau raksasa generik untuk direkrut, semua watak yang boleh dimainkan mempunyai gaya permainan yang berbeza dan unik. Triangle Strategy membenarkan pemain mempromosikan kelas, berbeza daripada mekanik menukar kelas dalam kebanyakkan game strategi. Senjata yang dimiliki oleh setiap watak tidak boleh ditukar, anda hanya boleh menaik taraf senjata yang mempunyai talent tree, memberikan anda buff pasif. Saya merasakan bahawa ini adalah salah satu kelemahan game di mana anda tidak mempunyai fleksibiliti untuk melakukan perkara yang menarik seperti Knight menggunakan busur atau Monk yang mempunyai spell buff.

Terdapat banyak watak yang boleh direkrut dalam game ini. Sudah tentu bukan semuanya dapat direkrut pada playthrough yang pertama. NG+ yang tersedia akan membolehkan anda rekrut watak-watak tersebut malah lebih banyak cabaran yang ada. Malah syarat untuk rekrut juga lebih terang dalam NG+.

Grafik 2D yang hebat

Grafik HD-2D Octopath dikembalikan dalam Triangle Strategi kerana ia lihat sangat bagus. Setiap kerajaan dan kawasan mempunyai perincian yang luar biasa dan hidup. Air dalam dunia itu juga agak mempersonakan. Saya suka sangat pada budaya di pelbagai kawasan kerana nampak unik padanya.

Lakonan suara yang boleh diperbaiki

Kalau ada satu benda yang paling mengecewakan dalam Triangle Strategy ialah lakonan suara bahasa Inggeris. Kebanyakkan daripadanya elok tetapi ada beberapa yang agak kurang dan tidak serasi dengan watak. Lebih-lebih lagi Benedict, anda boleh dengar dia cuba melakonkan watak yang jauh lebih tua daripadanya tetapi bunyinya agak kekok. Malah ia menjejaskan sedikit cerita kerana beberapa watak yang sepatutnya kedengaran riang atau santai entah bagaimana kedengaran lebih mengancam. Senang cerita, memang peliklah lakonan suara watak dalam game ini. Nasib baik ada pilihan untuk gunakan alih suara Jepun, kalau anda tidak suka pada lakonan suara Inggeris.

Kesimpulan

Triangle Strategy ialah satu lagi RPG berkualiti tinggi untuk Nintendo Switch. Ia mempunyai kisah hebat yang penuh dengan penipuan, menyentuh hati, tipu daya dan sistem undian yang akan membuatkan anda tidak senang duduk semasa bermain. Walaupun gameplay agak linear untuk peminat tegar SRPG, tetapi saya merasakan ianya mudah dimain oleh gamer kasual dan masih menawarkan cabaran untuk pemain tegar. Jika anda minat game strategi seperti FF Tactics atau mencari game dengan sistem pilihan seperti SMT, Triangle Strategy memang berbaloi untuk anda mainkan.

Untuk membaca artikel review yang lain, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Triangle Strategy

8 Score

PROS

  • Naratif dan pembangunan dunia yang hebat
  • Grafik 2D yang cerah dan menarik
  • Sistem conviction yang menarik
  • Replayablity yang tinggi

CONS

  • Lakonan suara yang mengecewakan
  • Tiada kebebasan yang luas untuk pemain

Review Breakdown

  • Salah satu game SRPG yang sangat berbaloi untuk dimainkan tidak kiralah pemain baru atau tegar 0
Tags: reviewTriangle Strategy
Previous Post

Interview Soul Hackers 2 – Asal usul dunia, sistem pertempuran & aspek unik

Next Post

5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)

5 senjata paling OP untuk Apex Legends Mobile (Mac 2022)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd