Pelancaran The Last of Us Part 1 adalah pada 2 September di PS5. Ini bermakna tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dilancarkan. Oleh itu, kami di Gamer Santai telah mendapat peluang untuk bermain game ini dengan lebih awal. Jadi, ini adalah review kami berkenaan game remake The Last of Us Part 1.
Kepada yang tidak tahu, The Last of Us adalah game yang dilancarkan pada tahun 2013 di PS3 dan telah mendapat versi remastered pada tahun berikutnya di PS4. Pada tahun 2020, ia telah mendapat versi remake yang diberi tajuk The Last of Us Part 2 dan kini adalah Part 1 pula.
Kalau korang nak tahu serba sedikit tentang mengapa mereka membuat keputusan untuk membuat remake, boleh klik pautan ini untuk membaca interview kami bersama dua orang director The Last of Us Part 1. Cukup sekadar pengenalan, jom teruskan dengan review The Last of Us Part 1.
Tentang game

The Last of Us adalah game action-adventure daripada Naughty Dog. Ia mengisahkan semasa dunia sedang nazak selepas wabak kulat mutan yang dikenali sebagai Cordyceps. Wabak ini telah tersebar dengan sangat luas dan makan apa sahaja yang tinggal di Amerika Syarikat.
Dalam game ini, anda akan bermain sebagai Joel, salah seorang watak yang terselamat dari wabak dan menerima pekerjaan untuk membawa seorang gadis bernama Ellie ke pusat perubatan yang jauh kerana dia merupakan kunci kepada mencari penawar bagi wabak ini. Perjalanan nak ke pusat perubatan bertukar menjadi perjalanan yang sangat kejam dan penuh emosi.

Anda akan mengawal Joel dengan menggunakan third-person perspective (TPS) sambil meneroka dunia yang sedang nazak dan lagi bahaya. Semasa bergerak daripada satu checkpoint ke satu checkpoint, anda akan diberikan pengalaman bermain yang tidak akan dilupakan. Satu lagi adalah walaupun hidup semasa wabak, bahaya yang datang bukannya daripada mangsa wabak tetapi manusia itu sendiri. Mereka dikenali sebagai pemburu dan militan. Tugas mereka hanya penghalang semasa perjalanan anda.
Walaupun sebahagian besar anda akan bermain sebagai Joel, terdapat beberapa masa yang akan tertumpu kepada Ellie. Apa yang pasti adalah mereka berdua mendapat perkembangan watak sepanjang game.
Penambahbaikan

Seperti yang saya katakan sebelum ini, The Last of Us Part 1 adalah remake sepenuhnya tanpa mengubah jalan cerita tetapi berjaya menawarkan begitu banyak penambahbaikan sehingga bahagian terkecil pun kelihatan sempurna.
Perubahan terbesar dan sangat jelas kelihatan adalah pada bahagian visual dengan menampilkan aset baharu. Tidak kira sama ada pada watak atau persekitaran, semuanya baharu dan nampak sangat baik dan yang paling penting adalah setanding dengan The Last of Us Part 2.
Jika lihat pada grafik persekitaran, ia memang sangat jelas dan jauh berbeza jika nak dibandingkan pada game sebelum ini. Setiap kali saya meneroka kawasan baharu, saya dapat merasakan yang saya sedang bermain game baharu dan bukannya remake.

Manakala model pada setiap watak pula diubah secara keseluruhan kecuali Joel dan Ellie yang diambil daripada The Last of Us Part 2. Namun, saya mendapati beberapa watak mempunyai muka yang sepatutnya nampak lebih muda kini ditukar menjadi tua. Contoh yang saya boleh berikan di sini adalah seorang watak yang bernama Tess kelihatan lebih tua jika nak dibandingkan pada game yang asal.
Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh reaksi muka yang lebih realistik. Ini adalah perkara yang saya selalu perhatikan apabila melihat cutscene. Tambahan pula, terdapat beberapa cutscene yang mempunyai shot yang ditambah dan ia rasa seperti menonton filem.
Satu lagi peningkatan yang saya amat gemari adalah mekanik game yang dimodenkan. Mekanik pada game original sudah pun pada tahap yang baik tetapi apabila The Last of Us Part 2 dikeluarkan, ia membuatkan saya susah untuk kembali padanya. Cara pengawalan dan senjata sangat mengagumkan dan secara tidak langsung menjadikan pertarungan lebih sengit.
Ciri PS5

Alang-alang dilancarkan di PlayStation 5, sudah pasti ia akan menggunakan kelebihan dan ciri-ciri yang didatangkan pada konsol ini bagi meningkatkan pengalaman semasa bermain The Last of Us Part 1. Jom kita mulakan pada prestasi.
Jadi, saya bermain game ini di TV 4K dan ia benar-benar membuatkan saya terkejut dengan prestasi pada mode paparan yang berbeza. Terdapat setting di mana ia mengutamakan kualiti visual terbaik pada 4K (30Hz) dengan 30FPS dikenali sebagai “Fidelity” manakala “Performance” pula akan membolehkan anda bermain dengan lebih lancar pada 60FPS dengan resolusi “Balanced”.
Jika nak dibandingkan dengan game PlayStation eksklusif yang lain, saya merasakan yang The Last of Us Part 1 ini dapat memberikan pengalaman yang lebih seronok. Kalau tengok game lain, mode “Fidelity” mereka agak perlahan dan prestasinya pula teruk sehingga merosakkan pengalaman semasa bermain.

Dalam game ini pula, mode “Fidelity”-nya sangat selesa untuk dimainkan dan prestasinya pula sangat konsisten dan langsung tidak merosakkan pengalaman semasa bermain. Untuk mode “Performance” pula, ia agak berbeza dan menjadikan paparan sedikit kabur tetapi ia masih boleh dimainkan.
Jika tidak menggunakan TV 4K juga tidak apa. Hal ini kerana ia juga boleh dimainkan pada monitor 120HZ dengan sangat baik. Apabila bermain pada monitor, mereka menyediakan mode “Fidelity” dan “Performance” yang berlainan dengan FPS yang sangat lancar.
Dia punya lancar lain macam. Sampai “loading screen” pun laju je, tidak perlu tunggu lama-lama. Lagi-lagi kalau anda nak ulang semula checkpoint, memang laju dan lancar.

Tidak mungkin dah datang di PlayStation 5, tidak gunakan kelebihan yang ada pada DualSense mereka seperti “Haptic Feedback” dan “Adaptive Triggers”. Kedua-dua ciri ini telah dioptimumkan untuk gameplay yang tertumpu kepada “gunplay”. Jangan kata itu sahaja, ia juga boleh memberikan getaran bagi menambah keseronokan apabila menerokai dunia.

Selain itu, mereka juga menambah baik “photo mode” di mana anda mempunyai lebih banyak peilihan untuk membuat screenshot yang terbaik. Dengan grafik persekitaran dan watak yang sangat menakjubkan, saya rasa ianya jadi sebagai perkara tambahan yang wajib ada. Saya dapat rasakan ramai pemain yang akan menggunakannya untuk membuat perbandingan dengan game original.
Ekstra

Kini bergerak kepada kelebihan yang didatangkan dalam game selain prestasi. Banyak mode yang disediakan oleh mereka termasuk Permadeath dan Speedrun untuk mereka yang ingin cabaran. Anda turut dibenarkan mengubah mode Permadeath dengan menetapkan pada bab tertentu atau keseluruhan game.
Anda dibenarkan untuk memilih pelbagai mode walaupun anda baru sahaja masuk ke dalam game. Hal ini kerana, mereka menyediakan mode yang dipanggil “grounded” kepada pemain yang telah menghabiskan game original mereka. Dalam mode ini, ia menawarkan pengalaman paling realistik dan kejam. Apa yang saya mainkan adalah mode “moderate” di mana ia ketiga di bawah mode “grounded” dan ia masih mencabar.

Semasa progress berjalan, anda akan menerima mata istimewa (P) yang boleh ditukar kepada beberapa item daripada menu “Extra” termasuk “Concept art, 3D Model Viewer” dan video belakang tabir bersama podcast rasmi. Terdapat juga beberapa item yang boleh diakses setelah game ini dihabiskan. Item-item tersebut adalah “skin, filter gallery, gameplay modifiers” dan “speedrun” recap atau dikenali sebagai “replayability”.
Kesimpulan

Tidak sampai sedekad lagi game original dikeluarkan dan kini, mereka telah mengeluarkan remake The Last of Us Part 1. Saya tidak menafikan yang remake kali ini adalah sempurna yang anda boleh dapat.
Walaupun bagi seseorang yang sudah menghabiskan game original beberapa kali, ia masih memberikan pengalaman yang sangat mendebarkan dan lebih menyeronokkan kerana saya dapat melihat keseluruhan game dengan lebih baik. Perkara ini bukan setakat pada bahagian visual tetapi gameplay dan ciri-ciri accessibility yang lebih baik daripada kebanyakan game yang berada di pasaran sekarang.

Namun, dengan harga RM299, saya merasakan yang ia agak tinggi kerana The Last of Us Part 1 tidak didatangkan dengan multiplayer. Tetapi untuk pemain yang baru sahaja nak mencuba The Last of Us Part 1, saya memang sarankan untuk anda membeli game ini dan ia betul-betul berbaloi.
Untuk dapatkan review lain daripada Gamer Santai, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
The Last Of Us Part 1
PROS
- Grafik persekitaran dan watak yang sangat cantik
- Gameplay yang dimodenkan sangat bagus untuk dimainkan
- Prestasi yang sangat stabil semasa bermain
CONS
- Kualiti AI yang boleh diperbaiki
Discussion about this post