Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] The Centennial Case: A Shijima Story – Bongkar misteri 100 tahun keluarga Shijima!

Maira by Maira
May 25, 2022 - Updated on May 26, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, Game Review, Konsol, Nintendo Switch, PC, Platform, PS4, PS5, Review, Single Player, Steam
0 0
0
[Review] The Centennial Case: A Shijima Story – Bongkar misteri 100 tahun keluarga Shijima!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda sukakan game visual novel ala-ala filem, saya ada satu game baru yang anda boleh cuba. Tajuknya, The Centennial Case: A Shijima Story. Game ini bergenre misteri dan anda juga boleh mengawal “flow” penceritaannya. Tidak percaya? Tidak mengapa, sebab saya akan tarik anda untuk memberi peluang kepada game ini dengan review jujur baru! Tanpa membuang masa, mari saya ringkaskan plot The Centennial Case: A Shijima Story.

Plot

Kisahnya bermula apabila penulis misteri, Haruka Kagami dijemput oleh rakannya, Eiji Shijima, untuk membantunya mencari “Tokijiku” ataupun satu buah yang dikatakan boleh memberikan keabadian kepada pemakannya. Untuk pengetahuan anda, keluarga tersebut juga sudah lama membuat eksperimen kepada pemakan buah “Tokijiku” tersebut. Dan itulah peranan Haruka dalam game ini, iaitu mencari kepastian mengenai kewujudan buah tersebut di rumah keluarga Shijima. Bukan itu sahaja, kes penemuan rangka manusia berdekatan pokok sakura di rumah keluarga Shijima juga menjadi misteri baru yang Haruka perlu selesaikan. Malangnya, tidak lama berada di situ, pelbagai perkara telah terjadi.

Anda sebagai Haruka akan membongkar segala misteri yang menyelubungi keluarga Shijima dan kebenaran di sebalik buah “Tokijiku”. Serta berhati-hati dengan pembunuh daripada “Red Camellia”.

Saya tidak mahu memberikan banyak spoiler kepada anda, kerana percayalah, bermain game ini tanpa mengetahui apa-apa spoiler jauh lebih seronok.

Medium filem untuk penceritaan

Berbeza dengan game visual novel yang lain, game ini datang dengan bentuk filem. Ya, kesemua scene dilakonkan oleh pelakon sebenar. Anda boleh pause atau undur semula kalau anda rasa terlepas sesuatu. Sepanjang filem bermain, akan terdapat petunjuk yang disediakan. Ini sangat penting kerana petunjuk tersebut akan membantu anda dalam menyelesaikan kes nanti. Tetapi relaks sahaja, anda tidak perlu mengingati segala petunjuk yang diberikan. Saya akan ceritakan lebih lanjut di gameplay.

Gameplay

Anda sebagai pemain akan dibawa masuk ke dalam “minda” Haruka, di mana berlakunya proses “reasoning” dan “summary”.

Proses “reasoning” akan meminta pemain untuk membina “hipotesis” dengan segala petunjuk yang anda dapat sepanjang filem. Terdapat bentuk “hexagon” yang dibahagikan kepada tiga warna iaitu merah (soalan), kuning (petunjuk) dan putih (hipotesis). Anda hanya perlu letakkan “petunjuk” kepada soalan yang betul untuk mendapatkan “hipotesis”. Pada mulanya mungkin anda tidak memahaminya, tetapi ada cara lain untuk seleasikannya. setiap hexagon mempunyai corak yang berbeza. Anda hanya perlu padankannya seperti puzzle. Jadi, anda tidak perlu bersusah payah. Lagipun, ia memang direka untuk mudah dimainkan oleh semua gamer.

“Hipotesis” yang anda dapatkan tadi, bukan semuanya betul. Di sinilah anda perlu betul-betul fikirkan, “hipotesis” mana yang sebenar. Anda boleh melihat semula klip-klip filem untuk memastikan semula pilihan anda. Sekali anda tersilap memberikan “hipotesis” semasa menyelesaikan kes, mata anda akan ditolak malah terpaksa pergi semula ke proses “reasoning” berulang kali. Itu pun kalau salah banyak. Agak leceh jugalah apabila terjadi. Tetapi ia bukanlah masalah besar kalau anda betul-betul fokus semasa filem dimainkan.

Selepas anda habis proses “reasoning” dan “hipotesis”, bermulalah fasa “solving”, di mana anda akan mula menyelesaikan kes pembunuhan yang berlaku. Setiap kesalahan yang anda lakukan akan menolak mata yang dikumpul. Seperti yang dikatakan di hipotesis, kalau anda tersilap jawab semasa menyelesaikan kes, anda terpaksa mengulang semula proses “reasoning”. Jadi, sebolehnya beri tumpuan kepada semua hipotesis yang anda telah hasilkan. Selepas selesai kes, anda akan diberikan “gred” sebagai penilaian terhadap hasil siasatan kes.

Kesimpulan

Saya sebenarnya suka menonton drama Jepun, jadi game ini memang senang betul menarik saya ke dalam dunianya. Kalau anda suka layan drama misteri, saya boleh syorkan bahawa anda akan lama menghadap skrin semata-mata untuk mengetahui pengahkiran kepada misteri keluarga Shijima. Lakonan serta kualiti filem juga memang terbaik. Memang terasa seperti menonton filem dan bukan bermain game. Apapun, The Centennial Case: A Shijima Story tersedia di PS4, PS5, Nintendo Switch dan Steam. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Centennial Case: A Shijima Story

8 Score

PROS

  • Medium filem yang digunakan sangat bagus
  • Soundtrack yang menarik pemain ke dalam game
  • Rentak game yang baik

CONS

  • Mekanik game agak sukar difahami pada permulaan
  • Pengulangan fasa yang kadang-kadang melecehkan

Review Breakdown

  • Sangat sesuai untuk anda yang minat visual novel misteri, ataupun drama. 0
Tags: square enixThe Centennial Case: A Shijima Story
Previous Post

Roadshow khas Garmin memaparkan Smartwatch One Piece serta barisan design baru!

Next Post

realme umumkan GT Neo 3 edisi Naruto, kolab anime ke-2 lepas Dragon Ball

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
realme umumkan GT Neo 3 edisi Naruto, kolab anime ke-2 lepas Dragon Ball

realme umumkan GT Neo 3 edisi Naruto, kolab anime ke-2 lepas Dragon Ball

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd